1:52 AM

Tak Selera...

Dulu masa masih kanak-kanak orang tua selalu bercerita,di Thailand atau Siam sebutan kampung saya, keadaanya tidak selamat.Rompakan dan pembunuhan berlaku di mana-mana.Orang tua saya yang ramai saudaranya di sana sering bercerita semasa ziarahnya selalu terserempak dengan kes-kes kematian dan rompakan yang berlaku..malah depan mata katanya.Itu cerita dua puluh atau tiga puluhan tahun dahulu.




Setiap hari kita dihidangkan cerita sesedih ini
( Gambar Hiasan)

Kini beliau bersungut lagi, katanya tempat kita ini saling tak tumpah dengan apa yang berlaku puluhan tahun yang lalu di Siam,

Bertanya saya, sebagai orang tua apa firasat yang terjadi begitu?.Spontan beliau menjawab kita tidak ikut manual.Tercengang saya hebat orang tua ni bila masa pula dapat perbendaharan kata tu....Sekarang kan banyak majlis ilmu ,maka di sana lah aku dapatnya.Menjelaskan lanjut apa maksud beliau itu ialah semua kita ni sudah banyak melupai al-Quran dan tidak lagi beramal dengannya.Kalau ada pun ikhlasnya...(?).Dari cakapnya yang panjang lebar baru saya faham rupanya kita sekarang ini dengan Siam dua kali lima sahaja.Mohon dijauhkan Allah...











Share/Bookmark

0 comments: