|
Dalam sehari dua ini isu Along kedengaran lagi,sehinggakan menarik minat PM untuk turut sama memberi komen.Along dengan digambarkan zalim ,jahat dan sebagainya.Dari foto di atas jelas memang terbukti Along memang bersifat begitu.Namun kenapa begitu!!?.Cuba kita analisa.
Pertamanya, Pada saya, dan pandangan ini adalah tidak bersifat prejudis kepada mana-mana pihak.Along memang kerja dia,memang bisnes dia memberi hutang.Apabila berhutang maka sudah semesti hutang yang diberi mahu didapatkan semula modalnya,semestinya bersama keuntungan.Berapa persen untung itu jangan kita ambil kisah lah kerana itu memang bisnes dia.Pada saya kenapa berlaku kes-kes tindakan kasar oleh Along ini?,dari pengamatan ternyata pihak berhutang gagal membayar hutang yang diberi.Berbagai cara untuk mengelak dari melunaskan hutang terbut.Maka terjadilah sebagaimana yang terjadi.Mari kita berfikir!!!!(?)
Kedua,orang yang kesempitan kewangan,sememangnya akan mencari sebarang sumber untuk menyelesaikan masalah kewangannya.Jangan kira persen keuntungan yang dikenakan oleh pemberi hutang kalau di sebut seribu persen pun mereka sanggup,kerana mereka terdesak.Nah..dimana penyelesaiannya kalau bukan pada Along.Dimasa ini bukan senang untuk mencari sumber tempat berhutang.Kalau di syarikat-syarikat kewangan berlesen termasuk bank pelbagai karenah yang mesti dilalui untuk mendapatkan hutang,Citos Ccris dan sebagainya sebagai penghalang.Maka Along lah jawapannya.
Ketiga..Kepada yang selalu menasihat termasuk pihak-pihak yang berwajib,pernahkah berusaha dengan sekelumit pengorbanan untuk melihat perkara ini dapat diselesaikan.Secara insaf saya menyeru selain dari melihat hanya kepada penyediaan dalam bentuk prasarana pembangunan,maka prasarana ini juga seharusnya diberi perhatian agar rakyat yang majoriti marhein terbela dan terselamat dari menjadi mangsa kepada keadaan termasuk Along
0 comments:
Post a Comment