Di waktu kelapangan selepas mencari sedikit makanan jiwa di pagi jumaat ini,saya melayari maya.Majoriti melapurkan tentang pemergian ADUN Manik Urai di Kelantan kembali menyahut panggilan Ilahi.ALFATIHAH untuk beliau dan semuga keluarganya bersabar dengan peristiwa ini.Sebagai pimpinan sudah semestinya para pengikut akan terasa akan kehilangan beliau.Beliau seorang yang komited dan berada begitu rapat dengan para pengundinya dan terkenal sebagai seorang yang begitu mesra dan mudah didekati.Semuga Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau dan menempatkan bersama para syuhada dan solihin.Saya juga mengharapkan semuga kawasan beliau itu akan terus diwakili oleh orang yang seiras beliau dari segi perwatakan dan komitmennya.InsyaAllah.
9:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment