1:19 AM

Selsema Babi

Semasa bersekolah menengah rendah dulu-dulu,saya di ajar ilmu hadis,diantara hadis-hadis tersebut menyebut,yang mafhumnya "Tidak boleh menjangkitkan penyakit, dan tidak boleh mengundi nasib dan tidak boleh mempercayai Hama**, dan tidak boleh mempercayai (kecelakaan) bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa.”

Agak membingungkan sekarang ini bila pelbagai wabak telah menular dan sains mengesahkan ianya berjangkit.Susah habis segala manusia yang sememangnya takut mati.Bermula dari pemerentah sehingga rakyat jelata semuanya diminta berwaspada.Cumanya apakah sabda nabi itu bercanggah dengan apa yang telah sains putuskan sekarang ini.

Penyakit ada yang berjangkit
itu kata sains.

Mencari-cari jawapan..kalau dulu dan sehingga kini kata-kata guru yang mengajar bahawa penyakit tidak berjangkit itulah yang dipakai,tetapi melihat realiti terkini mungkin pemahaman kita terhadap hadis tersebut terkhilaf..untuk melegakan sedikit benak fikiran agar lebih jelas..maka cuba mencari pencerahan.Niat di hati ingin mengadap para guru tetapi sementara bertemu maka cuba mencari-cari maklumat maya dan ini yang terjumpa...



Perkataan Laa ‘Udwa (dalam bahasa Arab) dari hadis tersebut biasanya diterjemahkan sebagai tiada penyakit berjangkit atau tidak ada penyakit berjangkit. Akan tetapi, dalam kaedah bahasa Arab, perkataan Laa tersebut boleh memiliki dua erti; yang pertama sebagai menunjukkan satu “peniadaan” (nafyun), dan yang kedua sebagai menunjukkan satu “larangan” (nahyun).

Penulis menyandarkan hujahnya bagi konteks yang sama pada maksud ayat Al-Baqarah 2:197. Firman Allah dalam ayat tersebut bukanlah bermaksud peniadaan seperti tiada persetubuhan, tidak ada kemaksiatan dan tidak ada pertengkaran kerana tiga perkara ini memang sentiasa wujud dan tidak boleh dihapuskan begitu sahaja. Akan tetapi yang dimaksudkan ialah larangan, iaitu jangan bersetubuh dan jangan bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat haji.

Hadis yang disalah ertikan di atas bukan bermaksud penyakit berjangkit tidak wujud. Malahan di penghujung hadis terdapat petunjuk bahawa wujudnya penyakit berjangkit, apabila Rasulullah SAW menyuruh kita menjauhkan diri dari penyakit kusta. Maka sebenarnya yang dimaksudkan oleh Nabi Junjungan Besar SAW ialah jangan membiarkan sesuatu penyakit itu menjangkit, merebak, dan menular.

Hama** yang dimaksudkan di dalam mafhum petikan hadis tersebut adalah satu adat Jahiliyah yang mempercayai roh seseorang yang mati dibunuh akan keluar dari kuburnya dalam bentuk jelmaan manusia atau burung, dan ia akan mencela tuannya yang mati terbunuh itu.


sumber di sini
Share/Bookmark

1 comments:

Pengasas said...

Salam WakAji,
Allah jadikan penyakit serentak dengan hikmah dan bala. Berdoa kita supaya mendapat hikmahNya.