11:32 PM

Merenung Tauladan


Hari ini rutin bulanan ke hospital.Berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang permasalahan yang dihadapi.Lebih kurang 15 minit selesai.Datang jam belum pukul 8.00 pagi tetapi jumpa doktor jam hampir 11.00 pagi.Saat menunggu lebih lama daripada kerja sebenar yang sepatutnya dibuat.Apa nak buat memang dah begitu.Namun disini bukan itu yang hendak dirungutkan tetapi ingin berkongsi pengalaman dan sebagai tauladan.


Sebenarnya sudah lama saya berulang alik ke hospital ni.Kalau nak dikirakan sudah puluhan tahun.Samada untuk rawatan diri sendiri atau menziarah kawan-kawan tak kisahlah.Cuma apa yang pasti bila kita ke hospital berabagai ragam dan kerenah yang dapat kita lihat.Bermula daripada ragam pekerja termasuk doktor sehinggalah kepada pesakit itu sendiri.

Daripada pengamatan satu kesimpulan dapat dibuat memang manusia ini sebenarnya LEMAH hatta untuk mengawal kencing pun belum tentu dapat inikan lagi perkara-perkara yang lebih besar.Teringat kata-kata lawak jenaka seorang kawan bila selesai majlis pemakaman DYMM Yang Dipertuan Negeri Sembilan semalam..kata kawan saya"Saya memang bercita-cita hendak menjadi raja bila besar nanti tetapi bila melihatkan raja juga mati maka saya sudah padamkan cita-cita tersebut daripada ingatan saya".Termenung juga saya dengan lawak itu tetapi bila merenung lama sikit baru saya perasan rupanya lawak itu ada kiasanya.Manusia ini sebesar mana dan segagah mana pun dia tidak akan ke mana yang pasti akan kembali ke pangkuan yang maha Esa dan kekal di sana selama-lamanya.

Oleh itu marilah bersama kita mendisiplinkan diri kita dan jangan menzalimi diri dan orang lain dan banyakkan berbuat amal insyaAlah akan ramai daripada kita akan semboh dan tidak dijangkiti oleh penyakit samada zahir atau pun batin.



Share/Bookmark

0 comments: