7:42 AM

Benci dan meluat..

Dari malam tadi hati tidak tenteram.Hari ini bila melihat komen-komen oleh kononnya pakar ekonomi untuk mewajarkan kenaikan harga sumber-sumber asas kegunaan rakyat,perasaan meluat mula timbul ditambah lagi dengan sokongan beberapa persatuan pengguna,bertambah lagi bencinya.

Apakah rasionalnya kenaikan itu?Kemana perginya hasil berbilion yang selama ini dipungut?.Berbagai agensi berperanan sebagai pemungut.Lembaga hasil Dalam Negeri,Kastam ,JPJ,Polis dan sebagainya.

Meluat, terasa macam dibodohkan apabila ada yang mendakwa sebenarnya tiada kenaikan,tetapi apa yang berlaku cuma penyelarasan sabsidi sahaja.Malah setiap kali berlaku kenaikan ini maka akan keluarlah kata-kata hikmat bahawa harga di sini adalah yang terendah berbanding dengan harga di negara-negara lain.

Pakar-pakar ekonomi,mereka orang kaya.Elaun tahunan beratus ribu,apa ada sekadar lima sen atau sepuloh sen bagi mereka,tetapi rakyat marhein itulah nilai untuk kehidupan yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Kesal dan meluat,kerana suara ini tidak mampu mengubah,apa yang boleh hanya meluahkan perasaan dan semoga Allah mendengar rintihan rakyat marhein ini,sesungguhnya kami disusahkan oleh mereka-mereka yang tidak pernah memahami situasi kami,apa yang mereka lakukan adalah cuma untuk mempertahankan sesuatu demi untuk kepuasan nafsu mereka yang sedikit pun tidak mengambil kira kepentingan kami.Kalau pun ada itu semua hanya cakap-cakap retorik sahaja namun dari segi realiti perlakuannya sekali-kali tidak berlaku.Ya allah kami pohon padaMu lindungilah kami dari fitnah ini...





Share/Bookmark

0 comments: