5:03 PM

UPSR & PMR..eloklah kalau nak ditiadakan pun..

Jika benar kerajaan ingin meniadakan peperiksaan awam UPSR dan PMR untuk para pelajar di peringkat umur 12 dan 15 tahun,maka cadangan itu adalah sesuatu yang seharusnya diberi sokongan dan dipercepatkan.








"Peperiksaan" adalah sesuatu yang membebankan.Kewangan,masa,fikiran dan sebagainya,bukan sahaja membabitkan pelajar itu sendiri malah ibu bapa,guru-guru dan sebagainya.

Cuba bayangkan ibu bapa bertungkuslumus berusaha untuk memastikan anak-anak mereka berjaya maka pelbagai usaha dilakukan.Tuisyen,buku kerja dan kepelbagaian peralatan terpaksa diadakan dan ini adalah memakan belanja yang besar sehingga "mengorbankan" kepentingan-kepentingan lain yang sepatutnya didahulukan,namun untuk melihat anak-anak mendapat "A" sepenuhnya maka "pengorbanan" ini diperlukan.

Di pihak guru pula,demi untuk menjaga reputasi sekolah,di samping adanya janji pelbagai ganjaran maka pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan keputusan sekolah masing-masing cemerlang.Demi sebuah nama ada sekolah-sekolah yang kelasnya tujuh hari seminggu siang dan malam bermula sejak dari tahun satu lagi.Anda boleh bayangkan bagaimana jadi dengan guru,murid serta ibu bapa yang sekolah mereka macam ini!!?.

Bagi murid-murid pula,kerana setiap hari di"suap" dengan kerja sekolah,tuisyen dan sebagainya maka perkembangan jasad dan minda sebenar terpaksa di"abaikan sehinggakan ada hari dan masa mereka tidak dapat berinteraksi dengan dunia dan alam yang sepatutnya dinikmati oleh mereka.Itu cuma untuk dapat 5A dalam UPSR sahaja,bagaimana lagi dengan peperiksaan yang lain.

Jadi untuk kerajaan dan kementerian,sebagai harapan jika idea ini sudah diutarakan maka teruskanlah.Sebenarnya jika cadangan ini dilaksanakan kita akan dapat lebih daripada apa yang kita jangkakan.Banyak "tekanan" yang selama ini menghantui kita ibu bapa,anak-anak dan guru-guru akan beransur pergi dan sebagai manusia yang banyak kelemahan bila kurangnya tekanan ianya akan beroleh ketenangan,dan bila kita tenang maka banyak perkara yang baik yang boleh kita lakukan dan ini menguntungkan kita rakyat dan negara sebenarnya.





Share/Bookmark

0 comments: