12:44 AM

Kata Tok Guru Hj Hadi...Sabarlah jangan cepat jemu...



Dalam amanatnya sempena ucapan penangguhan pada muktamar ke 56 hari ini,beberapa intisari yang dapat dikutip dan boleh dijadikan panduan antaranya;


Istiqamahlah di atas bahtera ini kerana ianya adalah kuat.Alquran yang menjadi asasnya adalah merupakan jaminan di atas kekuatan tersebut.Kalau dulu pengikut nabi Nuh a.s yang selamat adalah yang mengikutinya bersama dalam bahteranya,maka kalau hendak selamat bersamalah dalam bahtera Islam ini.Jangan kerana sedikit kekurangan yang ada maka kita merajuk dan menenggelamkan bahtera ini,dan sabarlah jikalau pelayarannya agak lambat sampai ke destinasi,kerana memang sunnatullah perjuangan Islam ini adalah memakan masa,tenaga dan harta.

Jangan sebarkan sesuatu berita jika ianya menjadi fitnah.Benar atau betul sesuatu berita itu tetapi kalau ianya membawa kepada fitnah maka ianya adalah dilarang dan berdosa.

Rasuah adalah merupakan "kejahatan",tetapi membuat kebajikan untuk menarik manusia ke arah kebaikan adalah merupakan sesuatu yang "maaruf" dan bukanya rasuah sebagaimana dakwa sesetengah orang.Oleh itu banyakkan berbuat baik kepada manusia seluruh nya.

Bertolak ansurlah dalam sesuatu tindakan,dan jangan melampaui batas.Sejahat-jahat manusia tetapi di sana masih ada "kebaikan yang pernah dilakukanya.Oleh itu dampingilah mereka dan bimbingilah mereka ke arah kebaikan.

Ke Putrajaya InsyaAllah menunggu kemenangan.Ianya bukan mimpi,walau sesetengah orang berkata kita bermimpi,tetapi percayalah kalau kita ikhlas kepada Allah dan berusaha serta tawakkal insyaAllah ianya akan tercapai.Sebagaimana kisah janji Nabi s.a.w kepada Adi r.a tentang kemenangan Islam terhadap Rom dan Parsi.Oleh itu istiqamahlah di atas perjangan ini...





Share/Bookmark

0 comments: