2:12 AM

Pencen sajalah...kesian anak-anak kita

Ada seorang kawan yang sekarang ini masih berkhidmat dan buat masa ini mengepalai satu jabatan di sebuah negeri.Tahun ini merupakan tahun terakhir beliau berkhidmat kerana umurnya sudah menghampiri 58 tahun.Selalunya berhubung melalui telefon.Minggu lepas isteri memaklumkan ada bercakap dengan isteri kawan tersebut.Antara intisari percakapanya ialah kawan ini masih mengharapkan agar kerajaan menimbang untuk melanjutkan umur berpencen lebih daripada apa yang ada sekarang.Mendengar isu ini saya hanya bermenung dan pandangan saya agak lain sikit daripada kawan ini.

Pada saya umur 58 sudah lebih daripada mencukupi untuk kita berkhidmat dan 56 sebagaimana sebelumnya adalah amat sesuai.Pada saya perlanjutan tempoh perkhidmatan ada beberapa persepsi.Paling penting dan keutamaan pada semua orang adalah RMnya.Kalau ada alasan lain itu alasan sekunder sahaja itu pun kalau ada alasan.

Untuk yang berpandangan sedemikian ,mari bersama kita merenung.Kebanyakan daripada kita ada anak.Lihatlah di mana anak-anak kita sekarang,kepada yang sudah tamat belajar di mana dia,sudah bekerja? atau masih menggangur?kalau sudah berkerja dan berpendapatan tetap maka alhamdulillah,tetapi di luar sana masih ramai yang menggangur dan antaranya ialah tiada kekosongan jawatan baru atau pun lama.Pada saya antara puncanya kerana kita.Sepatutnya sudah pencen tetapi masih memperjuangkan agar umur pencen dilanjutkan dan apabila dilanjutkan maka jadilah sebagaimana apa yang kita lihat sekarang ini,pengangguran menjadi-jadi.

Berbagai kempen dibuat untuk menarik minat anak-anak yang menggangur ini untuk berkerja di sektor-sektor yang membabitkan tenaga misalnya di ladang-ladang atau pun pembinaan.Namun tiada sambutan.Hasilnya ramai pendatang yang datang mengambil peluang ini.

Anak-anak ini belajar dalam pelbagai bidang dan majoritinya melibatkan kepakaran dan penggunaan otak.Bidang-bidang yang ada peluang pekerjaan melibatkan penggunaan kekuatan tenaga sahaja,maka bagaimana mungkin seorang yang mahir ICT tiba-tiba hendak pergi menoreh getah atau memasak.Cuba lihat anak-anak kita yang sedang memasak itu pegang senduk pun macam pegang pen,belum lagi memegang pisau pemotong kelapa sawit atau pisau menoreh getah atau sebagainya.Oleh itu pencenlah kawan!!biarlah anak-anak kita itu menguruskan keluarganya sendiri,biarlah mereka merasa sebagaimna yang kita rasa semasa memulakan penghidupan lama dulu.Jangan kita gelapkan peluang mereka dengan sedikit"kepentingan" diri kita.Betul kita masih membantu mereka tetapi ingat! bantuan kita sekarang ini seolah-olah kita memelihara ayam daging dalam reban.Mereka tiada inisiatif untuk membina kehidupan mereka kerana kita"memelihara" mereka walaupun mereka sudah berkeluarga.Cukuplah tu kawan..jangan diikutkan rasa hati nanti hilang erti.









Share/Bookmark

0 comments: