7:51 PM

Islam & Amal...kenapa memilih?









Semua sependapat Islam itu adalah cara hidup yang "syumul" dan istimewa kepada setiap insan.Pendapat atau persepsi itu pastinya akan kita dengar bila kita bercakap dengan orang-orang yang mengaku dirinya Islam.

Apa betul begitu?.Realiti hari ini nampaknya kesyumulan yang dibanggakan itu nampaknya tidak begitu menyerlah apabila kita melihat perlakuan atau amalan orang-orang islam itu sendiri.Sepatutnya bila kata lengkap itu maka islam itu hendaklah diterapkan sepenuhnya dalam kehidupan kita bermula dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besar perkara.Pendek kata semuanya hendaklah kita berpandukan kepada Islam sebagai penunjuk dalam kehidupan kita ini.

Bila ada yang mati,bila terkena musibah,bila di masjid itu sahaja nampaknya kita menjurus kepada Allah,namun dalam perkara-perkara yang lain kita agak jauh dan Islam itu kita semacam meninggalkanya di tepi dan kita kembali mengingatkannya apabila kita berhadapan dengan situsi-situasi yang disebut tadi.

Kadang-kadang dalam berpakaian Islam pun seperti bersongkok,berjubah,berkopiah,malah dalam masjid pun kita meninggalkan Islam tanpa kita sedari.Memaki hamun,menipu tidak bertolak ansur, adalah amalan harian sebahagian daripada kita .Itu belum lagi kita mengambil kira amalan atau muamalah kita dalam masyarakat dan negara,seperti muamalah ekonomi,muamalah politik atau sebagainya.Kita semacam "syok sendiri" seolah-olah merasa diri kita selamat daripada dosa kerana cara pakaian kita,percakapan ala Islam kita atau kumpulan kita.

Marilah bersama muhasabah diri,sejauh mana amalan kita hari ini sesuai dengan Islam yang kita anuti ini?apakah amalan kita juga "terpilih"?,bila sesuai dengan hati kita buat dan kita meninggalkanya bila tidak sesuai dengan kehendak nafsu kita!?.

Marilah kita beramal dengan Islam ini seluruhnya,jangan berpilih-pilih,kerana itulah sebenarnya Islam,juga bersama untuk tidak meninggalkan solat berjamaah di masjid, mengamalkan solat Dhuha, Qiamullail dan berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perbuatan yang tidak menepati kehendak Islam yang kita anuti ini.













Share/Bookmark

0 comments: