7:13 PM

Gerhana Matahari : Akidah satu tapi amalan berbeza


Gerhana matahari separa atau dikenali sebagai "gerhana matahari anulus" berlaku antara pukul 3 petang hingga 5.45 petang pada 15/1/10 berikutan "sentuhan pertama" bulan ke cakera matahari.

Bagi orang Islam,ada cara yang tersendiri bagaimana seharusnya dilakukan apabila kita berhadapan dengan fenomina sebegini.Kita disunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana atau dalam istilah ugamanya disebut solat sunat" khusuf"dan hukumnya adalah sunat muakkad.

Pada hari kejadian,didapati ramai orang yang berminat dengan kejadian Allah ini.Berbagai peralatan canggih atau pun tradisional digunakan untuk mencerap matahari dan acara ini berterusan sehinggalah keadaan kembali seperti sediakala.Selesai mencerap ramai yang memberi komen itu dan ini dan mengakui kebesaran Allah sebagai pencipta,namun kita dapati tidak ramai yang selain mencerap mereka juga menunaikan tuntutan ugama yang menggalakkan kita supaya melakukan solat sunat khusuf pada hari tersebut.Apakah ini berlaku kerana kejahilan kita atau sebaliknya terpulanglah,namun melalui N3 ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang menyahut seruan ugama ini dengan mengadakan solat tersebut di masjid-masjid atau di mana saja,samada berjamaah atau bersendirian,dengan iringan doa semoga mendapat redha Allah InsyaAllah.Kepada yang berkenaan dan muslim selain mengajak masyarakat untuk melihat gejala ini seharusnya juga mereka dimaklumkan tentang keperluan solat ini agar "kita" tidak rugi apabila gejala yang jarang-jarang berlaku ini berlaku di masa kita masih diberi nafas oleh yang maha pencipta ini.






Share/Bookmark

0 comments: