4:36 PM

Nasihat untuk kawan..

Setiap orang yang waras mempunyai hati dan perasaan,dalam banyak hal kita tidak dapat membohongi realiti kehidupan yang kita alami.Kalau ada rasa sedih kita cuba sembunyikan dengan kita "mengada-adakan" senyuman dan gurauan atau sebagainya,namun hakikat sebenar kita sedang bersedih.

Apabila kita dilanda perasaan takut,kita akan juga sembunyikan perkara itu demi menjaga "ego" kita,kita mendabik dada mengatakan itu dan ini demi untuk tidak menampakkan "ketakutan kita itu,sebenarnya kita sedang berada dalam takut.

Kadang-kadang kita tahu kita berbohong,namun demi menjaga imej dan keupayaan kita agar tidak dipandang lekeh dan lemah maka kita terus berbohong,bercakap bohong,memuji juga bohong malah semuanya bohong.

Itulah sebenarnya realiti kehidupan ini jika tiada prinsip dan harga diri,kita tahu kita tiada daya dan upaya tetapi demi menjaga "upaya" kita supaya terus dikatakan upaya maka kita lakukan semua itu.

Percayalah!!,dan sedarlah wahai kawan, itu semuanya hanya mainan hidup sahaja,jangan terpedaya dengannya,kawan-kawan di sekeliling kamu hanya sekadar menunggu peluang sahaja,apabila tiada lagi peluang dan ruang mereka akan lari dan tinggallah kamu keseorangan,oleh itu cepatlah sebelum masa terlambat dan merugikan,peluang masih ada cumanya kamu perlu menerima hakikat yang kita sebenarnya tiada daya dan upaya.Oleh itu insaflah aduhai kawan....

Share/Bookmark

0 comments: