3:46 AM

Beginikah cara kita bekerja.....???

Rabu 13/7/2011 dihubungi oleh pegawai dari salah sebuah Kementerian yang mengendalikan pendidikan untuk anak-anak.Pegawai itu memaklumkan bahawa anak ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan sila buat keputusan segera samada menerima atau pun menolaknya.Waktu dihubungi jam 10.00 pagi dan dimaklumkan jawapan keputusan menerima atau menolaknya hendaklah dibuat pada atau sebelum jam 12.00 tengahari.Apabila menghubungi semula pegawai yang berkenaan di sekitar jam 11.45 pagi,dimaklumkan tempat sudah penuh dan ditutup.

Terima Kasih kepada tawaran yang diberikan dan kita merasa amat bangga dengan perkhidmatan yang begitu proaktif yang diberikan khususnya oleh kementerian yang berkenaan.Cumanya sedikit terkilan cuba kita bayangkan bagaimana dasar yang sebegitu penting melibatkan penghantaran anak-anak ke luar negara yang sudah tentu akan melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang banyak diputuskan sedemikian rupa,ibu bapa di"paksa" membuat keputusan segera,seolah-olah mengajak kawan-kawan pergi "makan angin".Lebih menyedihkan apabila dihubungi semula dalam nada acuh tidak acuh memaklumkan peluang sudah ditutup dan tidak perlu kepada perbincangan lanjut lagi sedangkan tempuh masa yang diberi masih berbaki,saya tidak mahu komen lagi tetapi saya yakin anda semua ada jawapanya...noktah.

Share/Bookmark

0 comments: