1:08 AM

Kisah Guruku yang kini seorang MB

Masih segar dalam ingatan,semasa mula diamanahkan sebagai MB Kedah pada tahun 2008 dan ketika itu selesai berceramah di Terengganu,beliau secara berseloroh katanya,"Zi aku lani MB Kedah hang tau,pi la sana!!.

Masih juga segar dalam ingatan di akhir tahun 70an sebagai murid beliau saya selalu disuruh untuk menghantar Isteri beliau ke hospital,masih teringat betapa walaupun beliau seorang pensyarah dan menerima gaji yang agak lumayan pada masa itu,kehidupanya adalah agak sederhana dimana keretanya pada masa itu hanyalah Opel sahaja.Bila nak balik ke Kedah selalu pinjam kereta orang lain termasuklah kereta abang saya.

Juga masih teringat dan segar dalam ingatan saya,bila saya dalam penerbangan hendak menunaikan fardu haji,kebetulan beliau ada sama,sebagai guru saya,terasa malu pun ada,beliau bertungkus lumus mengangkat barang-barang saya untuk dimasukkan ke kapalterbang.

Juga masih teringat dalam ingatan saya bersama menemai beliau memburu burung ruak-ruak dan ayam hutan.

Kini guru,kawan dan orang yang saya anggap bapa saya ini diberikan Allah pangkat dan kemuliaan.Doa saya semoga Allah mengekalkan beliau di atas jalan yang benar dan diberi petunjuk sebaik-baiknya serta berjaya untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini.Baca lagi kisah beliau di sini




Share/Bookmark

0 comments: