4:25 AM

Riba'..Haram hukum beramal denganya.

http://anangdya.blog.friendster.com/files/apilapindo.jpg





Petang tadi sempat menjengah satu slot TV terbitan JAKIM,slot berbentuk forum itu membicarakan tentang rezeki.Dalam perbincangan tersebut salah seorang ahli panel bercakap pasal riba'.Tegahan yang amat sangat sampaikan Allah mengajak mereka-mereka yang beramal dengannya untuk berperang denganNya.Ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya dalam al-Quran.

Semasa masih muda remaja semasa bersama majlis ilmu kerap kali dibentangkan perkara yang berkait dengan riba' ini.Semasa itu banyak perkara yang berkait dengan urusan kewangan majoritinya terlibat dengan riba' termasuklah urusan jualbeli yang melibatkan pinjaman kewangan dan sebagainya.Sebagaimana yang dihuraikan oleh panel riba' ini terbahagi kepada beberapa jenis.Namun apa yang jelas ianya adalah tidak halal dan diharamkan dalam islam.

Dewasa ini aktiviti perniagaan masih juga seperti dahulu.Pinjaman yang melibatkan kewangan juga masih begitu dan seperti dahulu.Cuma apa yang pasti sekarang ini sudah wujud amalan yang diistilahkan dengan sistem kewangan islam.Maka dengan wujudnya instrumen kewangan ini maka banyaklah amalan atau aktiviti kewangan yang dulunya haram sekarang ini sudah menjadi halal apabila ianya di"islamkan".

Cuma terdetik sedikit keraguan atau kerisauan apakah sistem yang dikatakan islam ini betul-betul menepati kehendak islam yang sebenar.Apakah ciri-ciri yang ditetapkan oleh islam itu dipenuhi semuanya.Apakah kebajikan serta tidak zalim dalam urusan sentiasa diambil kira.Fahamkah mereka-mereka yang menjadi pemilik kepada institusi-institusi yang menjalankan perniagaan ini tentang apa itu kebajikan yang dituntut islam.Dengan kebanyakkan dari mereka bukan islam maka diragui akan keberkesanannya dan bersesuaian dengan kehendak islam.

Memang tidak dinafikan setiap amalan yang dijalankan adalah dipantau oleh satu jawatanjuasa yang dinamakan jawatankuasa syariah.Mereka adalah terdiri daripada ulama'-ulamak yang dikatakan pakar daripada segi hukum.Tetapi pada saya mereka agak naif dari segi selok belok perekonomian terutamanya yang melibatkan sistem kewangan itu sendiri(bukan semua).
Kenapa saya berkata begitu.Secara realitinya sekarang ini aktiviti ini banyak yang diistilahkan dengan istilah arab yang saya percaya ianya memang ada dalam istilah ekonomi islam.Pada mereka yang pernah belajar terutamanya berkaitan hukum Fekah maka akan terjumpa istilah istilah ini.Namun pada saya istilah ini juga digunakan dengan tujuan untuk mengaburi kita supaya nampak "islamnya" aktiviti mereka.Terbaru saya dimaklumkan along juga menggunakan istilah ini.Maka amat malanglah kita jika situasi ini tidak diperhalusi dan dibendung supaya ianya tidak membarah dan akan merosakkkan sistem ekonomi islam itu sendiri yang pastinya mempunyai banyak kebaikkan dan penyembuh kepasda penyakit masyarakat yang berkaitan ekonomi.

Kepada para ilmuan dan pengamal ekonomi islam, sucikanlah sistem ini.Jangan hanya untuk kepentingan keuntungan di dunia maka kita cipta istilah-istilah yang yang kita kaitkan dengan islam namun ruhnya jauh menyimpang dari islam.Jangan bila ditanya kita melepaskan tangggungjawab cuma dengan ungkapan"kalau hendak makan ayam sembelih maka harganya lebih mahal daripada yang tidak sembelih".Ungkapan ini tidak menyelesaikan masalah.Malah ianya akan lebih membanyakkan masalah.












Share/Bookmark

0 comments: