Lama tidak menjenguk ke laman ini.Samada mengemaskini atau melayarinya."Masa" yang tidak mengizinkan untuk berbuat begitu.Namun dikesempatan yang sedikit ini ingin ku coretkan sikit sesuatu yang sudah lama sebenarnya tetapi mungkin baru bagi sesetengah daripada kita.Apa dia? NUSAJAYA!!.
Dengan izin Allah sempat mengikuti satu program di Johor sejak jumaat lalu dan bekesempatan melawat bandarbaru Nusajaya.Bandar Nusajaya adalah sebuah bandar baharu yang terletak di sebelah barat bandar johor Bharu berdekatan dengan Gelang Patah.
Dengan UEM Land Sdn Bhd sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan bandar ini yang melibatkan pembangunan seluas 24 ribu ekar dengan keluasan 97km persegi adalah merupakan salah sebuah bank tanah persendirian yang terbesar di Asia Tenggara.
Dengan siapnya pembangunan bandar ini ianya akan menjadi sebuah bandar bersepadu untuk perniagaan dan juga pentadbiran.Bandar ini juga apabila siap nanti adalah merupakan pusat pentadbiran baru bagi negeri Johor.Juga dipercayai Disneyland Malaysia juga akan dibina di sini(?)
Sempat menikmati keindahan di sini dan saya percaya ia juga akan menjadi tempat atau destinasi lawatan untuk para pelancong sebagaimana Putrajaya apabila ianya lengkap dibina.
7:49 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment