5:41 PM

Isu yang Terkeliru.

Semalam atau kelmarin 10 mac 2009 satu pakej rangsangan baru telah dibentangkan oleh menteri kewangan Malaysia.Dengan nilai 60 bilion dalam tempoh dua tahun adalah diharapkan akan mengelak Malaysia dari terjerumus ke arah kemelesetan yang teruk.Dengan jangkaan bahawa Malaysia akan memperolehi -1% atau +1% KDNK maka pelbagai usaha dilakukan untuk mengelak kemelesetan.Pakej ini adalah merupakan yang kedua untuk tempoh dua tahun ini.

Selesai pembentangan sebagaimana biasa komen-komen positif kita dengari dari segenap media yang memuji-muji akan pakej ini.Sebagai rakyat jelata kita juga mengharapkan sesuatu yang anjaib akan berlaku hasil pakej ini.

Melihat hasil pembentangan pakej rangsangan semalam dan sehingga hari ini tidak terdengar lagi isu-isu lain yang sebelum ini menjadi topik siaran setiap masa.Isu Perak misalnya yang pada saya terlebih meruncing kerana ianya melibatkan perlanggaran terhadap penguatkuasaan undang-undang yang seharusnya kita patuhi.


Melihat kepada isu Perak ini saya terbaca satu kertas kerja yang ditulis oleh sesorang yang boleh dipercayai dari segi wibawanya,walaupun beliau dilihat pro pembangkang tetapi dengan keilmuan yang ada saya berpendapat tulisannya ada nilai-nilai dan berotoriti.Untuk itu sebagai pandangan kedua mari kita membacanya di sini



Share/Bookmark

0 comments: