11:54 PM

Muhasabah Diri

Dalam meniti hari demi hari,ribuan kelip mata malah jutaan kelip sudah berlalu rupa-rupanya hidup ini sudah mencecah 50 tahun.Berbagai pengalaman dan rencahan hidup yang dilalui,namun tidak terkira oleh akal diri.Cuma untuk hari ini sedikit dari yang terisi dapat aku cetusi sebagai muhasabah diri.


Pernah diungkap oleh para guruku,dalam hidup ini kurangkan bercakap kerana banyak bercakap itu akan menguji kamu dan sesungguhnya manusia ini antara makhluk yang tidak tahan dengan ujian cuma sedikit daripada mereka yang mampu menahannya.Disebut dalam surah al-Maarij bahawa manusia ini dijadikan dalam bentuk bersifat kelukesah,apabila diuji maka makin gundah gulana lagi sikapnya.Tetapi apabila diberi kebaikan maka sikapnya akan berubah menjadi kedekut.Begitulah sifat insan yang bernama manusia ini yang diceritakan oleh Allah.

Hari ini sepanjang ingatan banyak di kalangan yang banyak bercakap ini terutamanya yang boleh kita kategorikan "pendakwah"tidak tahan lama dari segi pendirianya.Dengan tujuan untuk tidak mengaibkan sesiapa maka tidak disebut melalui tulisan ini siapa dia(?)memadai cuma kita memerhati dan membuat persepsi sendiri saja,tetapi ingat persepsi hendaklah dengan ilmu!kerana tanpanya maka kita akan bersepsi dalam bentuk memfitnah!.

Cuba perhati kalau di awal tahun-tahun 70 dan 80an ramai di kalangan yang kita anggap ianya "ustaz" yang berceramah,mengajar,menjadi naqib usrah dan pelabagai lagi yang diistilahkan kepada aktiviti-aktiviti keugamaan yang tujuannya dan fokusnya adalah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan.Dan ini adalah amat bersesuaian dengan konsep amar makruf dan nahyi anil-mungkar,dan sesuatu yang seharusnya dipuji kerana ianya menjadi suruhan dan perintah Allah dan Rasulnya S.A.W.

Nah sekarang kita perhatikan di mana duduknya insan-insan tersebut,kepada yang masih hidup apa sikap dan pendirianya sekarang ini.Kita letak di tepi bagi yang sudah meninggalkan kita kerana mengadap Allah rabbuljalil.Kita tumpu kepada yang hidup.Apakah mereka masih sama sebagaimana awalnya dahulu????.

Sesudah 50 tahun dan alhamdulillah aku masih diberi kesihatan ini.Aku lihat tidak ramai yang istiqamah dengan apa yang mereka perjuangkan dan perkatakan 20,30 tahun dahulu.Kalau dulu kepalanya sering berserban berkupiah menutup kepala(maaf bukan menghina sekadar bermuhasabah)dan kelihatan warak,tetapi sekarang ini aku lihat itu semua sudah tidak ada lagi pada dirinya.Apa yang ada kini hanya tali leher sesekali bersongkok itu pun dipadankan dengan blazer atau pun kot.Walau pun dalam cuaca panas itu tidak menjejaskan apa-apa.Pakai terus pakai.Kalau dulu ungkapan bersederhanalah kerana umat islam adalah umat yang sederhana dan Allah suka yang sederhana dan tidak suka kepada melampau,tetapi kini tidak lagi.Kita mesti mencari kerana ini adalah kemajuan!!!.Kalau dulu jika ada yang berbuat seperti ini! sudah tentu dikritik dengan pelabagai label,makan duit haram atau sebagainya.Sebab itulah kita dapati ada segelintir di kalangan teknokrat muda yang sepatutnya terus berada dipejabat-pejabat atau sektor berkaitan telah meletakkan jawatan masing-masing mengikut para "pendakwah" ini dengan alasan untuk berzuhud dan tidak mahu terlibat dengan perkara-perkara shubhat.Sedangkan mereka ini sepatutnya boleh diharap untuk membina atau menggarap satu budaya kerja yang berintegriti dalam bidang masing-masing dan seterusnya membawa manusia yang dipimpinya ke arah yang terbaik.Tetapi apa yang dikesalkan sekarang ini mereka ini ditinggalkan..dan para guru mereka bersenang lenang dengan cara hidup yang satu masa dulu mereka kutuk dan benci.Rupa-rupanya benci dan kutuk itu tidak ke mana sebab pada masa itu bukan milik mereka.Tetapi apa yang dikutuk itu bukan lagi menjadi halangan sekarang ini sebab ianya sudah menjadi milik mereka maka itulah ianya tidak lagi haram dan syubhah.

Kepada yang istiqamah aku ucapkan syabbas dan doaku semuga berkekalan pendirian kalian.Mudah-mudahan usaha dan perjuangan kalian dibalasi Allah dengan sebesar-besar ganjaran.Demi sesungguhnya pada penilaian aku mereka yang lari daripada perjuangan itu adalah mereka yang bercakap banyak ,namun dalam banyak cakap itu mereka meninggalkan keikhlasan yang menjadi tonggak untuk mengikat mereka supaya terus berada di landasan.

WAHAI ORANG YANG MEMBALIK-BALIKKAN HATI TETAPKAN HATI AKU DI ATAS UGAMAMU DAN TAAT KEPADAMU


Share/Bookmark

0 comments: