4:46 AM

Tun Dr.Mahadir........

Allahyarhan Mohd Daud Abdul Samad
(Alfatihah untuk Beliau)


Dua puluh tujuh tahun yang lalu,semasa bersembang pasal politik bersama Allahyarham bekas Menteri Besar Terengganu(gambar atas) Beliau pernah berkata "Kalau umur kita panjang kita akan lihat betapa liciknya Dr Mahadir dalam berpolitik".Di masa itu Dr.Mahadir baru sahaja di lantik menjadi Perdana menteri yang keempat.

Nah kini setelah 22 tahun menjawat jawatan Perdana Menteri,dan 5 tahun lebih sebagai "pemerhati" kepada penggantinya maka ternyata kata-kata itu ada benarnya.Ini ternyata dengan apa yang berlaku sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri dan beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini yang melibatkan beberapa tindakan beliau.


Lihat dan perhatilah apa yang tertulis dan di tulis oleh beliau dalam blognya di sini dan apa yang telah beliau lakukan (?)!!.Sudah semestinya ada yang tersirat...dan siratan itu hanya Allah sahaja yang tahu dan kita sebagai manusia lemah hanya mengandaikannya sahaja.



Share/Bookmark

0 comments: