7:32 PM

Ilmu itu maklumat


WOOK ceria di samping Mohd. Nor di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang.(Md Nor 37 tahun & Wook 106 Tahun)
(Gambar Hiasan)








Semalam sambil merenung dan memerhati di tempat kerja terdengar satu rakaman kuliah oleh sesorang yang dimainkan oleh seorang kawan.Kuliah itu padaku memang menarik.Antara intisari yang aku dapat kutip ialah,

Kalau apa yang kita sampaikan itu adalah ilmu atau maklumat baru kepada pendengar atau seseorang maka itu namanya mengajar .Kalau apa yang disampaikan itu memang sudah diketahui oleh orang atau pendengar itu maka itu namanya tazkirah.

Halal atau haram itu kalau kita ibaratkan dalam kehidupan sehari-hari ini merupakan penawar dan juga racun.Perkara-perkara yang haram kalau kita buat atau amalkan maka seolah-olah kita memakan racun dan sudah tentu kesannya akan merosakkan tubuh badan kita.Namun sebilangan manusia malah sebahagian besar darinya tidak pernah terfikir sampai ke situ.Itulah sebabnya kita lihat banyak diantara yang mengamalkan salah laku dewasa ini adalah dari golongan yang boleh dikatakan ada ilmu tapi gagal untuk menterjemahkan ilmu yang ada itu kepada sesuatu yang menjadi penawar dalam kehidupannya.Maknanya mereka tidak faham bahawa apa-apa yang halal itu adalah merupakan penawar yang boleh membantu dalam menyembuh atau menawar apa sahaja yang mungkin menjadi racun kepada mereka.

Ramai di kalangan kita yang terjebak dengan gejala yang sedemikian.Masing-masing pula kadang-kadang melihat salah laku itu hanya pada orang lain tetapi tidak pada diri sendiri.Oleh itu marilah kita merenung dan bermuhasabah diri,disamping kita menilai sesuatu itu racun atau penawar maka janganlah hanya meletakkan perkara itu pada orang lain tetapi hendaklah meletakkan ianya lebih kepada diri kita sendiri.Semuga kita akan selamat di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
Share/Bookmark

0 comments: