6:08 PM

Untuk mu Cikgu!!


Dedikasi untuk para guruku khususnya Ustaz Adham dan Bapak soenaria Sasmita yang banyak mengajar aku tentang hidup ini

Cikgu!!
semua orang tahu
cikgu juga manusia seperti aku

kalau aku tahu malu
cikgu jua ada rasa malu
kalau aku ada hati dan rindu
cikgu juga pasti ada rasa itu

Cikgu!
Dulu aku tidak tahu
tapi kini sudah tahu
tahu bukan saja gitu-gitu
kerana engkau yang bagi ilmu

Cikgu!
Engkau bukan saja begitu
cuma memberitahu
tapi lebih daripada itu
engkau selalu memohon untuk aku
engkau memohon untuk murid-murid mu
engkau memohon untuk untuk kesejahteraan bangsa mu

Cikgu!
kini aku tahu
di sebalik wajahmu
terselit rasa pahit tanpa madu
demi untuk anak-anak didikmu
engkau lupakan dirimu
walaupun untuk kehidupanmu

Cikgu!
pengorbanan mu kini menyedarkan diriku
kini aku sudah kenal diriku
tanpamu cikgu
aku tidak tahu siapa aku

Cikgu!
Terima kasih dari ku

aku tahu ucapan ini hanya di angin lalu
namun doaku selalu untukmu
semoga Allah membalasmu
dengan syurga yang dijanjikan itu

Cikgu!
selamat hari guru untukmu
semoga hidupmu diberkati selalu
samada di dunia ini yang pilu
atau diakhirat yang pasti itu....






Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Wak Aji,

Jasa guru tak boleh dibalas.

kami sihat said...

Wslm..betul tu kunang-kunang,kerana guru walau apa pun statusnya maka kita dapat mengenal kehidupan ini...