Semua yang hidup selalunya akan diuji,ujian itu ada yang susah dan menyeksakan dan ada juga ujian itu dalam bentuk kemewahan dan kesenangan.Sesetengah orang beranggapan "kesenangan dan kemewahan" yang diperolehi itu juga adalah ujian.Itu bergantung kepada persepsi masing-masing,namun pada saya selagi kita tidak lupa daratan dan bergantung kepadaAllah maka itulah namanya nikmat dan pemberian yang sepatutnya kita syukuri.
Berbalik kepada ujian yang dihadapi oleh sesetengah orang,kadang-kadang ianya boleh mengubah sikap sesorang itu,dalam berkawan sebagai contoh,selalunya kita tidak tinggal kawan kalau kita dalam keadaan biasa,tetapi bagaimana kalau kawan kita itu "menyusahkan" kita dalam berkawan!?,dengan adanya dia kita terpaksa berhabis wang ringgit,dengan adanya dia kita mungkin "kehilangan" pangkat kerana "direbut" oleh dia.Bagaimana sikap kita?
Secara ikhlas kita sebenarnya berupaya bermuhasabah,bertazkirah dan bercakap tentang itu dan ini berkait dengan ujian ini cuma hanya dalam keadaan biasa dan tiada cubaan.Kita kutuk orang-orang dan kawan-kawan kita dengan kata-kata atau apa sahaja bahawa mereka itu tidak tahan ujian sehinggakan ianya mengadaikan prinsip yang dipegang selama ini,tetapi bagaimana kalau ianya juga terjadi kepada kita sendiri?.
Kalau anda anti rasuah,anda mengutuk dan membencinya,tetapi bagaimana kalau anda sendiri yang ditawarkanya.Seratus ringgit anda menolak,bagaimana dengan jumlah lebih besar sehingga ratusan ribu ringgit atau lebih sedangkan peranan anda tidaklah sebesar mana pun dalam hal itu.Kalau menerima pun mungkin peranan anda tidak akan kelihatan dan terserlah,atau dengan kata lain anda akan selamat dan tidak terjerat.
Kalau anda berjawatan dalam kerajaan,sebelum ini anda seorang yang berprinsip ,contohnya mufti lah katakan,setiap tuturkata dan ucapan anda berprinsip, salah tetap salah dan begitulah sebaliknya,bagaimana sikap anda jika diminta untuk menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan sikap anda,jika engkar anda akan "kehilangan" jawatan atau tidak disambung kontrak atau sebagainya.Bagaimana sikap anda?
Sesungguhnya kita berupaya "berkata-kata" jika tidak diuji,tetapi kalau ujian sudah mendatang maka hakikatnya kita tidak berupaya untuk melawan.Jarang kita berjumpa dengan "Bilal" di zaman ini yang teguh dan yakin dengan kepercayaanya.Oleh itu bersamalah bermohon kepada Allah untuk kita supaya jangan diuji hatta apa-apa ujian pun kerana kita sebenarnya tiada daya dan upaya untuk berhadapan dalam apa juga ujian...
0 comments:
Post a Comment