6:34 PM

Pegawai kerajaan!! rakyat suka kalau mereka dapat macam ini

Berurusan di pejabat kerajaan adalah perkara biasa bagi sesetengah orang ,namun agak luarbiasa bagi sesetengah yang lain.

Bagi yang biasa berurusan mereka mudah memahami dan tahu tatacara yang sepatutnya dipatuhi apabila berurusan,samada dari segi penyediaan dokumen atau sebagainya.Bagi yang tidak biasa maka agak "susah" dan kadang-kadang boleh menjadi trauma apabila mendapat "layanan"daripada para pegawai yang bertugas.

Kelmarin 30 Mei 2011 saya bertandang ke salah sebuah agensi kerajaan negeri untuk urusan penajaan pengajian.Negeri ini di Pantai Timur dan dikatakan kaya dengan hasil minyak.

Di kaunter ada dua petugas wanita yang bertugas.Sebagai pelanggan kita mengikut peraturan dan pegawai bertugas sudah semestinya mempunyai piagam untuk dipatuhi dalam penyampaian perkhidmatanya.

Dalam penyampaian perkhidmatan para pegawai berusaha untuk mematuhi undang-undang dan peraturan bertulis yang dirangka oleh jabatan atau agensinya tanpa ada kelonggaran yang kadang-kadang kita lihat terlampau ketat dan "rigid".Sikap ini seharusnya dipuji,namun dalam beberapa hal ianya tidak menggambarkan keadaan sebenar keperluan penggubalan peraturan seperti itu.Apa perlunya salinan dokumen yang berhelai-helai,contohnya salinan kad pengenalan,pada saya satu keping sudah cukup jika ianya dianggap perlu,maka begitu juga dengan dokumen-dokumen lain.

Cara layanan para petugas juga berlaku "double standard".Jika yang datang itu segak dan kemas penampilanya maka kemas dan lembutlah cara layanannya tetapi kalau yang datang itu "Mak Cik" yang agak selekeh maka selamba lah layanannya.Anda boleh bayangkan bagaimana orang tua yang pada pandangan saya membaca pun belum tentu boleh diarah untuk berbuat itu dan ini .Apa salahnya sebagai pegawai yang digaji oleh rakyat kita "berkorban" sedikit untuk orang seperti ini.Sebagai cadangan agensi ini bolehlah menyediakan mesin pendua untuk "berkhidmat" kepada golongan yang memerlukan semasa berurusan di kaunter mereka.Kenakan bayaran terhadap perkhidmatan itu,saya pasti mereka akan bayar,tetapi "menyusahkan"mereka dengan arahan itu dan ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebagai negeri yang "kaya" dan berupaya untuk menyumbang kepada rakyat dengan ribuan komputer riba dan sebagainya maka saya berpendapat dan yakin negeri ini berupaya untuk melakukanya.Dengan hanya "menyumbang" sedikit perolehan negeri dalam bentuk penyediaan mesin-mesin pendua di setiap kaunter agensi kerajaan negeri yang memerlukan penyediaan salinan dokumen,maka ianya akan dilihat oleh rakyat bahawa mereka didahulukan.Pada saya ini lebih penting daripada kita "berhabis"dengan program-program kualiti seperti 5S atau sebagainya yang banyak memakan belanja berbanding dengan perkhidmatan kepada rakyat dalam bentuk penyediaan kemudahan-kemudahan seperti ini.



Share/Bookmark

0 comments: