Hari ini sempat berkunjung ke kampung,rasa seronok dan gembira kerana dapat
bertemu dengan rakan taulan yang agak lama tidak ditemui.Banyak kisah yang diperkatakan.Ada cerita keluarga dan ada cerita santai yang dibualkan.
Antara yang menarik ialah bagaimana seorang ibu tua membisikkan pengalaman kehidupannya.Beliau mengimbau tentang bagaimana suaminya seorang yang garang dan tiada tolak ansur di sepanjang mereka melayari bahtera kehidupan ini.Kedua-duanya sudah hampir menjangkau 70an.Di sepanjang kehidupan berkeluarganya sumpah seranah adalah mainan suaminya,namun ianya ditakdirkan kekal sehingga sekarang ini.Mengimbau sepanjang 50 tahun bersama beliau pasrah terhadap apa yang terjadi.Beliau tidak pernah melawan,beliau sabar kerana kata beliau kalau melawan pun apa yang kita akan perolehi selain daripada tindakan yang lebih kasar daripada suaminya .Hasilnya beliau berjaya,falasafahnya satu,kalau menang pun kita tidak dapat apa-apa maka lebih baik ia beralah,hasilnya suami akan cepat beralah juga dengan dia.Beliau berjaya!!.
Kerana fobia dengan perangai suami,menjadi harapan ibu tua ini kalau dapat menantu janganlah namanya sama dengan nama suaminya.Tuhan mengujinya,beliau dapat menantu sama dengan nama suaminya,rupanya nama itu perangainya sama.Kasar,garang dan kedekut adalah lumrah dalam kehidupan simenantu ini.Untuk meredakan keadaan siibu ini menasihati anak kandungnya agar mencontohi dirinya dalam melayari bahtera kehidupan ini.Alhamdulillah kata siibu ini anaknya sudah melayari kehidupan berumah tangga ini sudah lebih daripada 30 tahun dengan aman walaupun dalam suasana panas sentiasa.Apa yang penting sabar dan tenang menjadi penawar dalam kehidupanya.
Kini kata ibu ini suaminya tidak lagi segarang dulu.Setiap detik dan saat dirayu agar selalu mendampinginya.Pelik dan diluar kebiasaan rupanya manusia ini bila sudah tua dan menghampiri saat dipanggil Tuhan perangainya berubah dan ini menginsafkan.Betapa syukurnya saya kata ibu ini saya tidak mengikut perasaan semasa hayat masih muda,dengan sabar kini saya merasai nikmatnya.Tahniah untuk ibu ini dan terima kasih kerana kisah-kisah sebegini adalah sesuatu teladan yang baik untuk jenerasi yang kemudian.Sekali lagi terima kasih Mak Mah....
7:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment