9:35 PM

Kita sayang kepada apa yang tidak perlu kita sayang..

Anda ada menyimpan barang lusuh?saya percaya ramai diantara kita yang berbuat demikian.Untuk apa kita simpan barang tersebut? selalunya kira merasa "sayang" kepadanya menyebabkan kita menyimpannya walaupun ianya menyusahkan kita.

Lumrah kalau kita membaiki kereta maka alat ganti lama dikembalikan kepada kita dan seterusnya kita akan bawa balik dan simpan.Kita kadang-kadang menyisih dan menyusun alat-alat atau apa sahaja dirumah kita,namun sedikit sahaja yang kita buang dan yang selebihnya disimpan kerana "sayang"nya kita kepada barang tersebut

Kadang-kadang puluhan tahun kita menyimpan,bagi yang selalu berpindah barang lusuh tadi kita arak ke hulu dan ke hilir bersama-sama kita pindah.Untuk apa kita menyimpan kita sendiri pun tidak pasti.Namun apa yang pasti kita selalu membawanya bersama kita walaupun tidak pernah sekalipun kita menggunakanya atau kita mengambil munafaat daripadanya.

Di pejabat-pejabat sekarang ini diarahkan untuk membudayakan 5S dalam membudayakan kekemasan dan mencantikkan pejabat.Di rumah juga sepatutnya begitu!.

Rupanya selama ini kita memenuhi minda kita untuk berfikir dengan perkara yang tidak wajar.Kita seolah-olah "bercermat" tetapi kita sebenarnya tidak membudayakan kebersihan dalam hidup kita.Sampah di bengkel kereta kita bawa balik simpan dirumah,peralatan dapur yang rosak dan tidak berguna lagi kita simpan dan menjadi "sampah" dirumah kita.Begitulah berbagai lagi barang yang lama dan lusuh itu menjadi beban kepada kita.Oleh itu ayuh bersama berubahlah,tinggalkan pemikiran yang kita bawa selama ini kerana ianya tidak menguntungkan kita dan dalam sesetengah hal ia menyusah dan membebankan kita dari segi pemikiran mahupun kewangan.



Share/Bookmark

0 comments: