5:22 PM

Antara sifat kita..

Selagi hidup dan waras pemikiran maka selagi itulah kita berkehendakkan sesuatu.Kita impikan sesuatu,namun apabila kita mendapatinya kita akan impikan yang lebih lagi mengikut perkiraan pemikiran kita.Pendek kata impian-impian itu tidak akan habis sehinggalah nyawa kita akan bercerai dari badan.

Jarang kita impikan sesuatu yang buruk dan tidak menguntungkan kita,sudah tentu sahaja kita impikan yang terbaik untuk kita,yang kurang berada impikan menjadi kaya,yang kaya impikan lebih kayanya dan begitulah seterusnya cita-cita dan impian sesorang.

Dalam mengimpikan sesuatu dan bercita-cita ini rasanya amat jarang kita impikan yang terbaik untuk kehidupan kita selepas mati,kalaupun ada cuma sekadar cakap-cakap retorik dan tidak dapat dibuktikan.Kalaulah ada kenapa kita masih "melanggar"arahan dan peringatan yang telah diberi!,kita masih mengutamakan "harta" bekal dunia yang sementara itu dalam setiap gerak kehidupan kita!.Setiap hembus nafas kita hanya untuk itu,perancangan serta strategi kehidupan semuanya untuk itu.Kehidupan selepas kematian hanya perancangan sampingan dan dibiarkan antara ada dan tiada sahaja.

Hidup kita dipenuhi dengan rasa tidak puas dengan apa yang ada,dan lebih malang ianya melibatkan hanya "perkara dunia" sahaja.Kita tidak puas hati melihat orang lain ada kelebihan,itu sebabnya adanya gejala dengki dan hasad.Kadang-kadang dalam bermuhasabah cara kita,kita terkejut melihat manusia ini bukan sahaja tidak puashati dengan orang lain dan perkara di sekelilingnya,malah dengan diri sendiri pun tidak puas hati.Kita lihat ada manusia yang tidak puas apabila dikurniakan dengan rambut lurus,maka direkanya supaya rambut menjadi kerinting,begitulah di sebaliknya,maka kedai-kedai dandanan rambut diwujudkan.Itu antara gambaranya manusia ini,bukan sahaja tidak puas denag apa yang ada pada orang lain malah denagan apa yang ada pada diri sendiri pun ianya tidak berpuashati.

Sebagai akhirnya marilah bersama kita berubah,musabahlah diri kita secara waras,jika kita ikhlas dan perpandangan jauh insyaAllah kita boleh berubah dan selari dengan anjuran dan perintah Khaliq.Dengan patuh dan mengikut perintahNya sahajalah maka kita akan menjadi makhluk yang berjaya InsyaAllah...


Share/Bookmark

0 comments: