11:24 PM

Majlis Agama Islam pun kena juga!!??

Majlis Agama Islam pun kena kuiri juga oleh jabatan audit(baca sini).Agak-agaknya kenapa terjadi demikian ?,atau mungkin sumber kewangannya terlampau mudah diperolehi dan tidak banyak dipersoalkan sebelum ini.Atau apakah perolehannya adalah bersumberkan wang zakat yang disumbang oleh umat islam setiap tahun itu menyebabkan ianya dibelanjakan ikut suka?dan asnaf 'amilin '(baca: petugas zakat) sebagai alasan untuk bertindak begitu?.

Apabila membaca komen ini,semacam ada kebenaranya kerana beliau adalah orang yang pernah terlibat dalam dana zakat ini.

Pengalaman berurusan dengan beberapa pejabat zakat mengesahkan lagi perkara ini.Memohon untuk mendapatkan sesuatu bantuan bagaikan meminta sedekah,berbagai karenah birokrasi diada-adakan seolah-olah "mereka" adalah "penjaga yang amat amanah".Tanyalah anak-anak pelajar kita di Mesir contohnya,Bagaimana pegawai-pegawai yang menguruskan zakat ini"membuli" mereka.Kalau anak Terengganu contohnya,mereka semacam fobia apabila berhadapan dengan pegawai-pegawai zakat ini.Dengan melabelkan anak-anak ini sebagai keras kepala mereka dipermain-mainkan sedangkan tiada usaha untuk "melembutkan"mereka.Kenapa?.

Atas nama amilin para pegawai ke hulu ke hilir atas alasan "menguruskan" pemberian zakat.Tinggal di hotel-hotel mewah dengan perbelanjaan yang melampau,apakah ini kerja pegawai zakat?.Apa salahnya,memandangkan ianya berada jauh daripada Malaysia cara pemberian itu hanya melalui prosidur yang mudah dengan cara "bank In"sahaja sebagaimana dilakukan untuk anak-anak di Jordan,Syiria dan lain-lain negara.Cara ini lebih menjimatkan bukan?!! atau ada perkara lain disebaliknya,membaca komen Dr.Maza tadi seolah-olah mengesahkan ada sesuatu di sebalik birokrasi ini.

Berbanggalah dengan berjayanya kita menunaikan amanah,bukan berbangga kita berjaya memungut tetapi kita gagal menjalankan amanah.




Share/Bookmark

Read more...

5:19 PM

Terima kasih Ustaz...

Isu pembukaan kelab malam dan pub oleh kerajaan...antara pandangan dan ingatan...lihat di sini



Share/Bookmark

Read more...

12:31 AM

Ustaz!!! boleh ke macam ni ??

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina.
Sumbernya di sini






Share/Bookmark

Read more...

7:27 AM

Antara sandwich tanpa sardin dengan pengimbas kastam

Membaca penemuan audit negara 2009 sebagaimana yang dilaporkan oleh beberapa media adalah amat mengejutkan sekali.Bilamana integriti sering diulang-ulangi,dikala ikrar integriti menjadi agenda tetap apa saja majlis rasmi kakitangan awam,dimusim pimpinan jabatan disambung-sambung perkhidmatan masing-masing mungkin kerana tiada pengganti yang sesuai dan berkebolehan,tiba-tiba "berita" ini yang "menjadi".Alangkah hampanya perasaan ini,kerana permata yang dinanti rupanya kaca yang datang menghiris hati...Antaranya Bacalah di sini,di sini dan di sini....




Share/Bookmark

Read more...

7:01 PM

Ustaz nak apa sebenarnya?

Persoalan timbul dalam benak pemikiran,apa sudah jadi dengan para "ilmuan islam"hari ini.Bertelingkah "membetulkan" pandangan masing.Apakah apabila membuat pandangan itu tidak "merujuk" dahulu kepada sumber-sumber yang berotoriti dan boleh dijadikan sandaran?kalau sudah merujuk kenapa pandangan itu seolah-olah "lari" daripada pandangan umum yang sebenar,dan lebih mirip kepada berpihak dan menjejaskan otoriti kita sebagai seorang yang dikatakan "berilmu".Melihat pandangan ini sebagai buktinya,atau kita sebenarnya ingin atau mengidamkan sesuatu?......
Share/Bookmark

Read more...

6:52 AM

Berapa umur anda sekarang?

Berapa umur anda sekarang?20,30,40,50,60,atau lebih daripada itu..setelah menghitung umur masing-masing apa perasaan anda?tiada apa-apa perasaan?, atau merasakan sesuatu yang anda sendiri tidak dapat menjawabnya dengan yakin?.

Pernah atau tidak dalam kehidupan ini kita menyumbang?kalau ada, sumbangan kita itu baik atau buruk?,kalau baik maka kita seharusnya bersyukur kerana sumbangan itu,walaupun tidak memberi munafaat kepada ramai orang sekurang-kurangnya ianya bermunafaat untuk diri sendiri sudah dikira cukup baik.Kalau sumbangan itu jenis yang tidak baik maka kita seharusnya menjadikan itu sebagai tauladan dan sewajibnya kita jauhi dan tidak lagi mengulanginya.

Kepada kita yang masih hidup ini,ingatlah umur yang diberi ini semakin hari semakin pendek.Setakat ini tiada sebarang teknologi yang berjaya memanjangkan umur manusia ini,oleh itu ingatlah dan insaflah kalau umur anda sudah 50,anda yakin ke yang anda akan hidup 50 tahun lagi,jika tidak bersamalah mengubah perangai dan feel kita ke arah yang lebih matang dan baik supaya cara hidup kita ini bersesuaian dengan kehendak Pencipta dan kita tidak termasuk di kalangan yang dimurkai.

Sebagai manusia kita mempunyai naluri yang boleh memilih antara baik dan buruk.Berbahagialah mereka yang memilih jalan yang baik dan celakalah mereka yang memilih jalan yang jahat dan menyesatkan.Bersamalah berdoa supaya kita sentiasa mendapat pimpinan dan hidayahNya.








Share/Bookmark

Read more...

7:56 PM

Anda sanggup ke?

Selasa 19/10.TV1 dan TV9 menyiarkan slot khusus untuk berkempen bagi menarik minat rakyat Malaysia melakukan pendermaan organ.Personaliti di kalangan Ulama' dan Doktor perubatan telah dijemput untuk program tersebut.

Secara teorinya program derma organ ini adalah cukup baik dalam membantu pesakit untuk meneruskan kehidupan.Mengikut statistik yang dikeluarkan mendapati bilangan penderma adalah amat sedikit berbanding dengan para pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ gantian masing-masing.Kenapa ini terjadi?,sedangkan kempen telah diadakan dari masa kesemasa sejak puluhan tahun yang lalu.Hendak dikatakan adanya halangan berkait hukum ugama,kita dapati telah ada fatwa yang membolehkannya.Malah semua ulama' berpendapat dan membolehkannya.Begitu juga bagi orang Islam diuar-uarkan tentang besarnya ganjaran kepada penderma ini,tetapi kenapa masih tiada sambutan?.

Sebenarnya pada pandangan saya masih terdapat "kegusaran" di kalangan kita untuk menderma organ ini.Kegusaran dan kebimbangan itu kadang-kadang berkisar kepada pandangan ugama itu sendiri yang menyebut tentang peri pentingnya menghormati dan menjaga jasad yang telah mati itu.Walaupun ada pandangan yang membolehkan kadang-kadang pandangan itu juga menimbulkan kegusaran,sebabnya berapa banyak pandangan-pandangan yang dikeluarkan sekarang ini namun ianya tidak begitu terkesan dek kerana pandangan itu mempunyai "kepentingan" yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Keduanya terfikir apa kata kalau orang yang kita menderma itu melakukan "kejahatan" sebaik sahaja ianya sihat setelah mendapat organ baru.Kalau membuat perkara baik alhamdulillah.Selain daripada itu banyak lagilah kegusaran-kegusaranya(?).

Dalam untuk menarik minat penderma para ustaz dan ulama' banyak bercerita tentang kebaikan menderma organ,malah dalam slot di TV diceritakan seolah-olah "ahh organ mayat ini kalau ditanam pun akan menjadi makanan ulat dan cacing sahaja,jadi lebih baik didermakan"..

Betul disebut ganjarannya besar tetapi di sana kita tengok berapa ramai yang bercakap dan berkempen itu yang turut sama menderma atau mengikrarkan untuk menderma organ mereka juga termasuk ahli keluarga masing-masing.Berapa ramai?,dewasa ini yang kita dapati yang menderma hanya di kalangan mereka yang biasa-biasa sahaja.Mungkin disebabkan alasan-alasan tertentu tidak diuar-uarkan perndermaan ini,tetapi apa salahnya sebagai penanda aras kepada masyarakat kita mohon kepada mereka ini turut menderma serta menguar-uarkan.Jangan hanya kita "bercakap" dan kita tujukan hasrat itu kepada orang lain sahaja dan untuk diri kita seolah-olah kita melupakan yang kita juga sepatutnya terlibat sama,takkan hanya sebagai tukang kempen saja.Dari segi ganjaran kita sebagai rakyat biasa ini tidak perlu apa-apa pengiktirafan pun samada dalam bentuk pingat atau sebagainya.Cukup hanya dengan anugerah yang Allah akan kurniakan nanti yang akan mengatasi segala-galanya.







Share/Bookmark

Read more...

11:45 PM

Kalau macam ni boleh ke?....

N3 sebelum ini bercakap pasal PTK dan kakitangan awam,kali ini pun rasanya nak tulis lagi lah..rasa macam tak puas pula pasal perkara ini...

Bila PTK ditiadakan ramai yang setuju,kebetulan semalam berada di Putrajaya,ramai kawan-kawan bercakap dan setuju sangat PTK ini ditiadakan.Kata mereka inilah peluang untuk mereka "mendapatkan" sesuatu tanpa adanya "halangan" yang bersifat akademik ini.Itu pandangan sebahagian besar daripada kakitangan awam.

Melihat kepada situasi serta sejarah perkhidmatan awam,kita dapati kaedah penilaianlah yang sering menimbulkan permasalahan.Maklumlah manusia yang menilai manusia.


Apabila sesuatu imbuhan hendak diberikan kepada sesorang samada dalam bentuk pangkat,gaji atau sebagainya maka kriteria mana yang kita hendak pakai dalam membuat pemilihan.Itulah timbulnya penilaian prestasi,bila prestasi diambil kira, nampak pula kepincangannya bila ianya tidak dibuat secara objektif,ini semua disebabkan sikap manusia,maka timbullah pula PTK ini sebagai salah satu instrumen tambahan dalam memberi ganjaran ini.Nampaknya ini juga tidak memuaskan hati penjawat awam.

Kepada kawan yang seronok itu,diingatkan supaya tidak seronok keterlaluan,kerana di samping "penghapusan"PTK ini mesti ada satu kaedah penilaian gantian lain yang sudah tentu di antara dua keadaan dari segi tahap "kesukaranya".Samada sama taraf dengan PTK atau lebih sukar,untuk lebih mudah rasanya sukar sediktlah.

Rasional kepada pandangan ini berdasarkan kepada "situasi" semasa.Dewasa ini wujud ramai "pemikir".Di kalangan mereka ini dikatakan mempunyai idea yang pelbagai mungkin hasil pembelajaran dan juga pengalaman.Jadi inilah masa dan ketikanya untuk merealisasikan idea yang selama ini secara teori sahaja.Untuk lebih hebat maka mesti lain dari yang lain.Kalau PTK dikatakan diadaptasikan dari tempat lain dan diubahsuai untuk kesuaian setempat,maka begitu jugalah rasanya dengan cara baru yang akan mengganti ini.Kalau tempat orang penilaiannya mudah dan objektif tetapi untuk kita dikatakan "hebat" kita ubahsuai mengikut selera kita yang pada mulanya hanya sebagai satu instrumen penilaian, namun pada akhirnya ianya menjadi sesuatu yang menyusahkan dan mendera mental para penjawat awam.

Kepada para pemikir ini,janganlah begitu.Apakata kalau kita lihat balik cara lama kita.Untuk naik pangkat contohnya ambil kiralah kekananan pegawai itu terlebih dahulu dan prestasi hanya sebagai pilihan kedua.Tentang kebolehan dan keupayaan pegawai itu kita percaya ianya akan wujud apabila ianya diberi peluang.Sebagai manusia memang ada beberapa kategori kelebihan masing-masing.Adalah kelebihan semula jadi anugerah Allah.Ada yang mempunyai keupayaan dan kebolehan hanya apabila diberi peluang dan tanggungjawab dan ada yang memang dijadikan Allah memang lemah dari segi kebolehan dan keupayaannya.Jadi golongan pertama dan kedua inilah yang kita tumpukan untuk kita membentuk pemimpin.

Jika sistem yang dulu didahulukan dan yang kemudian mengikut itu kita amalkan,kita yakin unsur "berpolitik" di kalangan kakitangan awam akan berkurangan,kerana mereka tahu akan sampai pada satu masa jika mereka memenuhi kriteria yang diperlukan itu maka mereka akan dapat sebagaimana senior mereka yang mendahului mereka.Bunyinya remeh tetapi kalau diamalkan secara berhemah dan ikhlas maka kita akan dapati hasilnya akan memuaskan.Apa guna kita aplikasi sistem penilaian yang canggih bunyinya,namun mematikan semangat anggota, kerana wujud hanya mereka yang pandai "berpolitik" sahaja yang mendapat habuan tetapi mereka yang ikhlas berkhidmat tetapi kurang "politiknya" akan terus ketinggalan dan semangatnya terus mati bersama cita-cita yang tidak datang-datang.



Share/Bookmark Read more...

8:14 PM

PTK: satu muhasabah....

Bajet 2011 memutuskan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) di kalangan kakitangan awam akan ditiadakan menjelang jun 2011.Kepada mereka yang selama ini begitu fobia dengan PTK ini diucapkan tahniah,semoga kerisauan anda tentang PTK ini akan hilang dari ruang memori anda.

Sebenarnya PTK ini menjadi beban dalam benak pemikiran setiap anggota perkhidmatan awam.Masakan tidak,kalau hendakkan pangkat kena lulus PTK,kalau tidak menduduki PTK manakan lulus,jadi hendak tidak hendak kenalah duduki PTK ini dan mesti lulus,tentu membebankan...

Sebenarnya daripada pengamatan sejak PTK ini di perkenalkan pada tahun 2002 ada beberapa "kebaikan " dapat dilihat kesan daripada PTK ini.Ada yang naik gaji,ada yang naik pangkat,namun itu nampaknya di peringkat permulaan sahaja nampaknya.Apabila ianya berjalan sekian lama sudah ada nampak "kepincangan" dan nampaknya kepincangan itu lebih teruk daripada sebelumnya.

Di akhir-akhir ini kita lihat ada yang lulus PTK tetapi pangkat tidak naik,kerana kenaikan itu didasarkan kepada prestasi pula.Prestasi pula tinggi atau rendah didasarkan kepada bukan lagi kepada kebolehan bekerja tetapi lebih kepada "kebolehan memenangkan hati" para penyelia yang membuat prestasi itu sendiri.Ini bererti kita seolah-olah kembali kepada era sebelum PTK ini diperkenalkan.Malah lebih teruk lagi apabila adanya kekangan wajib lulus PTK itu sendiri sebagai syarat wajib untuk mendapat pangkat.

Lebih teruk lagi ada kaitangan yang mungkin menjadi "buah hati" bos akan dihadiahkan pangkat tanpa lulus PTK dan disyaratkan lulus PTK dalam tempuh-tempuh tertentu tetapi mereka sudah berada digred yang baru.

Pengamalan PTK pula boleh dipertikaikan dari segi integritinya,dimana ada diantara calon tidak amanah dan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan.

Jadi sebenarnya PTK ini dihapuskan atau pun tidak sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan yang signifikan."Otak" manusia ini bermula daripada ketua sehinggalah ke peringkat yang paling bawah itu jika tidak kembali kepada fitrah maka kita selamanya akan sesat.Fitrah di sini adalah takwa itu sendiri.Takutlah Kepada Allah.Jauhilah daripada "berpolitik" secara dalaman dengan mementingkan diri sendiri.Jika yang terlibat kawan rapat termasuk ahli keluarga maka kita utamakan mereka,sedangkan ramai lagi di luar sana yang lebih tekun dan rajin malah lebih kanan kita tinggalkan mereka kerana di bukan "kawan" atau saudara kita.Adilkah begitu?.

Kita mengharapkan agar alternatif atau sistem ganti kepada PTK ini lebih adil dan sesuai serta memberi kepuasan kepada semua.Kita yakin sistem ciptaan manusia tindak lengkap,mesti ada sedikit kececatan namun kita kena fikirkan cara yang terbaik supaya kecacatan itu di tahap minima.Kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab usahakanlah yang terbaik untuk ke arah itu.

Yakin dan percayalah semua yang kita perlakukan di dunia ini walau sekecil mana sekali pun akan diperhitungkan di hari perhitungan nanti.Oleh itu berusaha dan berubahlah anda kepada yang lebih baik,sebenarnya kita masih belum terlambat.






Share/Bookmark

Read more...

7:43 PM

Anda sebenarnya berpura-pura..

Meragui kesetiaan seseorang adalah sifat buruk yang ada pada manusia.Ramai di kalangan kita yang mempunyai sifat itu sebenarnya.Sebab itulah kita dapati ada yang bergaduh dan berkelahi walaupun umum mengentahui dan secara zahirnya kita dapati ianya berkawan rapat dan akrab sekali.

Fenomena ini berlaku dimana-mana,di pejabat ,di kampung malah juga dalam keluarga termasuklah di kalangan suami isteri.Kenapa berlaku begitu?.Kita ada penasihat kita ada kaunselor berdaftar dan tidak berdaftar malah beribu-ribu para kaunselor yang diwujudkan/dikeluarkan bertugas untuk mengharmonikan gejala ini,namun tidak juga berkurangan malah apa yang menyedihkan para kaunselor yang bercakap indah itu pun terbabit sama malah lebih teruk lagi berbanding dengan orang biasa.

Gejala di depan manis di belakang masam ini lumrah terjadi pada masa ini.Sebab itulah kita dapati ada diantara kita yang pada suatu masa disanjung dan dihormati tetapi ada suatu masa dan ketika ianya terbungkam dan ditinggalkan termasuk oleh kawan-kawan rapatnya.Ini semua adalah kerana "kesetiaan" yang ada tidak diamalkan dalam kehidupan mereka.Di depan bercakap lain di belakang cakap lain.

Islam menjelaskan persahabatan itu pada suatu ketika akan berpecah dan bergaduh antara satu sama lain,kecuali persahabatan yang kita pupuk itu diasaskan kepada takwa.Kebiasaanya orang yang ada pada dirinya takwa mereka itu tidak akan melupakan Allah dan RasulNya.Maka sudah tentu ianya bersolat dan menunaikan semua suruhan dan mengelakkan diri daripada melakukann perkara yang dilarang.Maka orang yang mempunyai perangai dan sifat seperti ini serta ikhlas pula maka ianya akan selamat dan dijamin Allah ianya akan selamat dalam persahabatan.

Percayalah jika adanya berlaku sesuatu pergaduhan , itu adalah sebabnya, samada salah seorang dari kita tidak ikhlas atau kedua-duanya sekali yang tidak ikhlas.

Oleh itu dalam hidup ini marilah bersama kita corakkan kehidupan ini dengan kedamaian dan keikhlasan kepada apa yang kita lakukan itu.Demi sesungguhnya kepura-puraan itu hanya akan menghancurkan kita dan hasilnya tidak kemana.Hiasilah nikmat umur kita yang diberi ini dengan ketenangan hasil daripada keikhlasan kita.Anda berkata anda bahagia,walaupun anda berpangkat dan berharta tetapi dari kerut dahi anda sebenarnya menampakkan jiwa anda yang sakit itu.Kalau tidak masakan anda selalu merungut!!menyalahkan itu dan ini..ayuh mulakan..lawan sifat buruk yang ada pada diri anda itu...masih ada masa.







Share/Bookmark

Read more...

11:53 PM

Rasa berkenan pula la...



Harga di pasaran bagi model terbaru proton inspira ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.


Share/Bookmark Read more...

9:39 PM

Yakin yang benar

Sering kali dalam berdoa keyakinan yang sebenar itu menjadi permohonan kita kepada Allah.Diantaranya menyakini bahawa Allah itu adalah pemberi rezeki bukan yang lain.Kita kena yakin bahawa selain daripada DIA maka adalah makhluk belaka.Itu sepatutnya dalam kehidupan ini.


Secara realiti begitukah sikap dan pendirian kita?.Kenapa bila ingin mendapatkan sesuatu kepada sianu sianu dulu keutamaan kita.Dewasa ini kalau memohon pekerjaan misalnya,bila mula memohon dan ada panggilan temuduga contohnya,"talian hayat"tentunya di kalangan manusia dulu yang kita cari dan keyakinan kepada talian hayat itu nampaknya lebih menjadi keutamaan daripada DIA sebagai "Arrazaq".

Betulkah pengakuan kita selama ini?,Dalam berdoa kita sentiasa memohon namun keyakinan tidak sebagaimana kita meyakini "talian hayat" yang disebutkan sebelum ini.

Pohon Allah lindungi kita daripada sifat dan sikap "mendua"kan keyakinan ini kerana sebenarnya kalaulah begitu keyakinan kita maka kita sebenarnya sedang dihanyutkan dengan sifat yang menjadi kesukaan para penyesat kita dan akhirnya kita akan hilang apa yang disebut keyakinan yang sebenar itu.

Share/Bookmark Read more...

5:28 PM

Kenapa Ustaz!!!.begitu jadinya...

Ustaz,individu terhormat di kalangan masyarakat.Kebiasaanya mereka ini arif dan berilmu serta mendapat didikan ugama,hatta mereka yang tidak mendapat didikan ugama secara formal pun akan di panggil ustaz bilamana mereka sentiasa bercakap dan kehidupanya lebih mirip kepada cara berugama.

Kebelakangan ini banyak berita yang mengaitkan ustaz ini dengan salah laku yang bertentangan dengan hukum hakam ugama yang sepatutnya dijauhi.Terbaru berita daripada Indonesia yang mengaitkan Kiyai Sejuta Umat yang dikatakan melakukan perkara sumbang yang amat berat kesalahanya.

Ada kawan yang bertugas di pejabat harta pusaka,juga mengadu jika ada urusan pembahagian pusaka yang diuruskanya melibatkan dari golongan ustaz,majoritinya bermasalah.Mereka ini kadang-kadang susah mengalah dan "berkira" tanpa ada tolak ansur.

Di jalanraya,pun sama kita lihat mereka yang "berwajah" ustaz ini antara yang akhlaknya cukup tidak menyenangkan dan mengelirukan (baca:bukan semua).

Kenapa ustaz!!!,mungkin inilah cubaan yang Allah letakkan kepada orang yang "ingin" untuk bersamaNya,namun telah diambil kesempatan oleh musuh untuk mempengaruhinya sebagaimana ianya memperdaya Adam dan Hawa sehingga dikeluarkan daripada syurga Allah.

Kita ini kadang-kadang melihat salah kalau dilakukan orang lain,tetapi bila kita melakukan sendiri ,maka akan adalah alasan untuk "menghalalkan" perbuatan kita itu.Jarang kita mengaku dan mohon ampun terhadap kesalahan yang kita lakukan,jika pun ada adalah sedikit bilangannya.

Sebagai akhirnya kepada para ustaz dan kepada yang ada benih-benih kebaikan dalam diri masing-masing,ayuh pupuklah dengan ilmu dan beramallah dengan ikhlas dan bertawakkallah.Anda semua adalah orang harapan untuk memperbetulkan masyarakat yang kini porak peranda.Kepada andalah contoh dan tauladan oleh itu kesilapan yang telah berlaku kita pohon Allah ampuni dan pohon juga dilindungi daripada hasutan syaitan yang akan merosakkan kita di dunia mahu pun akhirat nanti..hati-hati ustaz ye..

Share/Bookmark Read more...

7:53 PM

Allah sentiasa menguji..

Dalam kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dengan bermacam keadaan.Ada yang menyeronokkan dan ada yang menyedihkan.Kesemua itu adalah "anugerah"daripada pencipta kepada hambanya,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji tahap keimanan masing-masing.


Semalam ziarah kawan yang di"tarik" sedikit nikmat hidupnya.Beliau sakit.Namun begitu di tempat kerja beliau dianggap semacam tidak sakit oleh kawan-kawan termasuk penyelianya.Kesian kawan ini apabila dilawati oleh penyelia yang lebih kanan dan "bersuara" senada dengan kawan-kawan yang menganggap beliau tidak sesakit mana pun.

Pelik(?), sebagai penyelia kita seharusnya bijak mengolah situasi,bukan caranya untuk tujuan sesuatu maka kita sanggup "menghukum" anak buah kita dengan persepsi yang begitu negatif.Bukan kita tidak tahu anak buah kita itu yang keluar masuk hospital,bukan kita tidak tahu setiap hari,setiap minggu,setiap bulan sentiasa dengan ubat dan cuti sakit.Apakah bijak sebagai penyelia kita mengadu kepada penyelia yang lebih kanan dengan prejudis tanpa rasa bersalah.Mohon dilindungi dan di jauhi Allah.

Kepada kawan ini bersabarlah,percayalah itu semua adalah ujian Allah kepada kita.Ujian ini berbagai,ada yang datang dalam bentuk ujian perasaan dan ada yang datang dalam bentuk sakit mahu pun kebendaan.Pokoknya sabarlah.Cuma orang yang sakit tahu apa itu rasa sakit.Pesetankanlah semua itu dan pecayalah tiada siapa yang setakat ini berjaya "menongkat" langit,semuanya akan pergi menyahut seruan Ilahi.Cumanya sabar dan taqwa sahaja yang akan memenangkan kita nanti.Usah bersedih kawan!!! sabarlah ketahuilah roda yang berpusing itu satu masa dia akan tersentuh bumi walaupun di masa ini dia berada di awan yang tinggi.

Share/Bookmark Read more...

11:51 PM

Dill...demo ada dalam majlis Raja demo lah..bagus Raja demo


Share/Bookmark

Read more...