8:14 PM

PTK: satu muhasabah....

Bajet 2011 memutuskan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) di kalangan kakitangan awam akan ditiadakan menjelang jun 2011.Kepada mereka yang selama ini begitu fobia dengan PTK ini diucapkan tahniah,semoga kerisauan anda tentang PTK ini akan hilang dari ruang memori anda.

Sebenarnya PTK ini menjadi beban dalam benak pemikiran setiap anggota perkhidmatan awam.Masakan tidak,kalau hendakkan pangkat kena lulus PTK,kalau tidak menduduki PTK manakan lulus,jadi hendak tidak hendak kenalah duduki PTK ini dan mesti lulus,tentu membebankan...

Sebenarnya daripada pengamatan sejak PTK ini di perkenalkan pada tahun 2002 ada beberapa "kebaikan " dapat dilihat kesan daripada PTK ini.Ada yang naik gaji,ada yang naik pangkat,namun itu nampaknya di peringkat permulaan sahaja nampaknya.Apabila ianya berjalan sekian lama sudah ada nampak "kepincangan" dan nampaknya kepincangan itu lebih teruk daripada sebelumnya.

Di akhir-akhir ini kita lihat ada yang lulus PTK tetapi pangkat tidak naik,kerana kenaikan itu didasarkan kepada prestasi pula.Prestasi pula tinggi atau rendah didasarkan kepada bukan lagi kepada kebolehan bekerja tetapi lebih kepada "kebolehan memenangkan hati" para penyelia yang membuat prestasi itu sendiri.Ini bererti kita seolah-olah kembali kepada era sebelum PTK ini diperkenalkan.Malah lebih teruk lagi apabila adanya kekangan wajib lulus PTK itu sendiri sebagai syarat wajib untuk mendapat pangkat.

Lebih teruk lagi ada kaitangan yang mungkin menjadi "buah hati" bos akan dihadiahkan pangkat tanpa lulus PTK dan disyaratkan lulus PTK dalam tempuh-tempuh tertentu tetapi mereka sudah berada digred yang baru.

Pengamalan PTK pula boleh dipertikaikan dari segi integritinya,dimana ada diantara calon tidak amanah dan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan.

Jadi sebenarnya PTK ini dihapuskan atau pun tidak sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan yang signifikan."Otak" manusia ini bermula daripada ketua sehinggalah ke peringkat yang paling bawah itu jika tidak kembali kepada fitrah maka kita selamanya akan sesat.Fitrah di sini adalah takwa itu sendiri.Takutlah Kepada Allah.Jauhilah daripada "berpolitik" secara dalaman dengan mementingkan diri sendiri.Jika yang terlibat kawan rapat termasuk ahli keluarga maka kita utamakan mereka,sedangkan ramai lagi di luar sana yang lebih tekun dan rajin malah lebih kanan kita tinggalkan mereka kerana di bukan "kawan" atau saudara kita.Adilkah begitu?.

Kita mengharapkan agar alternatif atau sistem ganti kepada PTK ini lebih adil dan sesuai serta memberi kepuasan kepada semua.Kita yakin sistem ciptaan manusia tindak lengkap,mesti ada sedikit kececatan namun kita kena fikirkan cara yang terbaik supaya kecacatan itu di tahap minima.Kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab usahakanlah yang terbaik untuk ke arah itu.

Yakin dan percayalah semua yang kita perlakukan di dunia ini walau sekecil mana sekali pun akan diperhitungkan di hari perhitungan nanti.Oleh itu berusaha dan berubahlah anda kepada yang lebih baik,sebenarnya kita masih belum terlambat.






Share/Bookmark

0 comments: