7:56 PM

Anda sanggup ke?

Selasa 19/10.TV1 dan TV9 menyiarkan slot khusus untuk berkempen bagi menarik minat rakyat Malaysia melakukan pendermaan organ.Personaliti di kalangan Ulama' dan Doktor perubatan telah dijemput untuk program tersebut.

Secara teorinya program derma organ ini adalah cukup baik dalam membantu pesakit untuk meneruskan kehidupan.Mengikut statistik yang dikeluarkan mendapati bilangan penderma adalah amat sedikit berbanding dengan para pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ gantian masing-masing.Kenapa ini terjadi?,sedangkan kempen telah diadakan dari masa kesemasa sejak puluhan tahun yang lalu.Hendak dikatakan adanya halangan berkait hukum ugama,kita dapati telah ada fatwa yang membolehkannya.Malah semua ulama' berpendapat dan membolehkannya.Begitu juga bagi orang Islam diuar-uarkan tentang besarnya ganjaran kepada penderma ini,tetapi kenapa masih tiada sambutan?.

Sebenarnya pada pandangan saya masih terdapat "kegusaran" di kalangan kita untuk menderma organ ini.Kegusaran dan kebimbangan itu kadang-kadang berkisar kepada pandangan ugama itu sendiri yang menyebut tentang peri pentingnya menghormati dan menjaga jasad yang telah mati itu.Walaupun ada pandangan yang membolehkan kadang-kadang pandangan itu juga menimbulkan kegusaran,sebabnya berapa banyak pandangan-pandangan yang dikeluarkan sekarang ini namun ianya tidak begitu terkesan dek kerana pandangan itu mempunyai "kepentingan" yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Keduanya terfikir apa kata kalau orang yang kita menderma itu melakukan "kejahatan" sebaik sahaja ianya sihat setelah mendapat organ baru.Kalau membuat perkara baik alhamdulillah.Selain daripada itu banyak lagilah kegusaran-kegusaranya(?).

Dalam untuk menarik minat penderma para ustaz dan ulama' banyak bercerita tentang kebaikan menderma organ,malah dalam slot di TV diceritakan seolah-olah "ahh organ mayat ini kalau ditanam pun akan menjadi makanan ulat dan cacing sahaja,jadi lebih baik didermakan"..

Betul disebut ganjarannya besar tetapi di sana kita tengok berapa ramai yang bercakap dan berkempen itu yang turut sama menderma atau mengikrarkan untuk menderma organ mereka juga termasuk ahli keluarga masing-masing.Berapa ramai?,dewasa ini yang kita dapati yang menderma hanya di kalangan mereka yang biasa-biasa sahaja.Mungkin disebabkan alasan-alasan tertentu tidak diuar-uarkan perndermaan ini,tetapi apa salahnya sebagai penanda aras kepada masyarakat kita mohon kepada mereka ini turut menderma serta menguar-uarkan.Jangan hanya kita "bercakap" dan kita tujukan hasrat itu kepada orang lain sahaja dan untuk diri kita seolah-olah kita melupakan yang kita juga sepatutnya terlibat sama,takkan hanya sebagai tukang kempen saja.Dari segi ganjaran kita sebagai rakyat biasa ini tidak perlu apa-apa pengiktirafan pun samada dalam bentuk pingat atau sebagainya.Cukup hanya dengan anugerah yang Allah akan kurniakan nanti yang akan mengatasi segala-galanya.







Share/Bookmark

0 comments: