11:24 PM

Majlis Agama Islam pun kena juga!!??

Majlis Agama Islam pun kena kuiri juga oleh jabatan audit(baca sini).Agak-agaknya kenapa terjadi demikian ?,atau mungkin sumber kewangannya terlampau mudah diperolehi dan tidak banyak dipersoalkan sebelum ini.Atau apakah perolehannya adalah bersumberkan wang zakat yang disumbang oleh umat islam setiap tahun itu menyebabkan ianya dibelanjakan ikut suka?dan asnaf 'amilin '(baca: petugas zakat) sebagai alasan untuk bertindak begitu?.

Apabila membaca komen ini,semacam ada kebenaranya kerana beliau adalah orang yang pernah terlibat dalam dana zakat ini.

Pengalaman berurusan dengan beberapa pejabat zakat mengesahkan lagi perkara ini.Memohon untuk mendapatkan sesuatu bantuan bagaikan meminta sedekah,berbagai karenah birokrasi diada-adakan seolah-olah "mereka" adalah "penjaga yang amat amanah".Tanyalah anak-anak pelajar kita di Mesir contohnya,Bagaimana pegawai-pegawai yang menguruskan zakat ini"membuli" mereka.Kalau anak Terengganu contohnya,mereka semacam fobia apabila berhadapan dengan pegawai-pegawai zakat ini.Dengan melabelkan anak-anak ini sebagai keras kepala mereka dipermain-mainkan sedangkan tiada usaha untuk "melembutkan"mereka.Kenapa?.

Atas nama amilin para pegawai ke hulu ke hilir atas alasan "menguruskan" pemberian zakat.Tinggal di hotel-hotel mewah dengan perbelanjaan yang melampau,apakah ini kerja pegawai zakat?.Apa salahnya,memandangkan ianya berada jauh daripada Malaysia cara pemberian itu hanya melalui prosidur yang mudah dengan cara "bank In"sahaja sebagaimana dilakukan untuk anak-anak di Jordan,Syiria dan lain-lain negara.Cara ini lebih menjimatkan bukan?!! atau ada perkara lain disebaliknya,membaca komen Dr.Maza tadi seolah-olah mengesahkan ada sesuatu di sebalik birokrasi ini.

Berbanggalah dengan berjayanya kita menunaikan amanah,bukan berbangga kita berjaya memungut tetapi kita gagal menjalankan amanah.




Share/Bookmark

0 comments: