5:28 PM

Kenapa Ustaz!!!.begitu jadinya...

Ustaz,individu terhormat di kalangan masyarakat.Kebiasaanya mereka ini arif dan berilmu serta mendapat didikan ugama,hatta mereka yang tidak mendapat didikan ugama secara formal pun akan di panggil ustaz bilamana mereka sentiasa bercakap dan kehidupanya lebih mirip kepada cara berugama.

Kebelakangan ini banyak berita yang mengaitkan ustaz ini dengan salah laku yang bertentangan dengan hukum hakam ugama yang sepatutnya dijauhi.Terbaru berita daripada Indonesia yang mengaitkan Kiyai Sejuta Umat yang dikatakan melakukan perkara sumbang yang amat berat kesalahanya.

Ada kawan yang bertugas di pejabat harta pusaka,juga mengadu jika ada urusan pembahagian pusaka yang diuruskanya melibatkan dari golongan ustaz,majoritinya bermasalah.Mereka ini kadang-kadang susah mengalah dan "berkira" tanpa ada tolak ansur.

Di jalanraya,pun sama kita lihat mereka yang "berwajah" ustaz ini antara yang akhlaknya cukup tidak menyenangkan dan mengelirukan (baca:bukan semua).

Kenapa ustaz!!!,mungkin inilah cubaan yang Allah letakkan kepada orang yang "ingin" untuk bersamaNya,namun telah diambil kesempatan oleh musuh untuk mempengaruhinya sebagaimana ianya memperdaya Adam dan Hawa sehingga dikeluarkan daripada syurga Allah.

Kita ini kadang-kadang melihat salah kalau dilakukan orang lain,tetapi bila kita melakukan sendiri ,maka akan adalah alasan untuk "menghalalkan" perbuatan kita itu.Jarang kita mengaku dan mohon ampun terhadap kesalahan yang kita lakukan,jika pun ada adalah sedikit bilangannya.

Sebagai akhirnya kepada para ustaz dan kepada yang ada benih-benih kebaikan dalam diri masing-masing,ayuh pupuklah dengan ilmu dan beramallah dengan ikhlas dan bertawakkallah.Anda semua adalah orang harapan untuk memperbetulkan masyarakat yang kini porak peranda.Kepada andalah contoh dan tauladan oleh itu kesilapan yang telah berlaku kita pohon Allah ampuni dan pohon juga dilindungi daripada hasutan syaitan yang akan merosakkan kita di dunia mahu pun akhirat nanti..hati-hati ustaz ye..

Share/Bookmark

0 comments: