11:45 PM

Kalau macam ni boleh ke?....

N3 sebelum ini bercakap pasal PTK dan kakitangan awam,kali ini pun rasanya nak tulis lagi lah..rasa macam tak puas pula pasal perkara ini...

Bila PTK ditiadakan ramai yang setuju,kebetulan semalam berada di Putrajaya,ramai kawan-kawan bercakap dan setuju sangat PTK ini ditiadakan.Kata mereka inilah peluang untuk mereka "mendapatkan" sesuatu tanpa adanya "halangan" yang bersifat akademik ini.Itu pandangan sebahagian besar daripada kakitangan awam.

Melihat kepada situasi serta sejarah perkhidmatan awam,kita dapati kaedah penilaianlah yang sering menimbulkan permasalahan.Maklumlah manusia yang menilai manusia.


Apabila sesuatu imbuhan hendak diberikan kepada sesorang samada dalam bentuk pangkat,gaji atau sebagainya maka kriteria mana yang kita hendak pakai dalam membuat pemilihan.Itulah timbulnya penilaian prestasi,bila prestasi diambil kira, nampak pula kepincangannya bila ianya tidak dibuat secara objektif,ini semua disebabkan sikap manusia,maka timbullah pula PTK ini sebagai salah satu instrumen tambahan dalam memberi ganjaran ini.Nampaknya ini juga tidak memuaskan hati penjawat awam.

Kepada kawan yang seronok itu,diingatkan supaya tidak seronok keterlaluan,kerana di samping "penghapusan"PTK ini mesti ada satu kaedah penilaian gantian lain yang sudah tentu di antara dua keadaan dari segi tahap "kesukaranya".Samada sama taraf dengan PTK atau lebih sukar,untuk lebih mudah rasanya sukar sediktlah.

Rasional kepada pandangan ini berdasarkan kepada "situasi" semasa.Dewasa ini wujud ramai "pemikir".Di kalangan mereka ini dikatakan mempunyai idea yang pelbagai mungkin hasil pembelajaran dan juga pengalaman.Jadi inilah masa dan ketikanya untuk merealisasikan idea yang selama ini secara teori sahaja.Untuk lebih hebat maka mesti lain dari yang lain.Kalau PTK dikatakan diadaptasikan dari tempat lain dan diubahsuai untuk kesuaian setempat,maka begitu jugalah rasanya dengan cara baru yang akan mengganti ini.Kalau tempat orang penilaiannya mudah dan objektif tetapi untuk kita dikatakan "hebat" kita ubahsuai mengikut selera kita yang pada mulanya hanya sebagai satu instrumen penilaian, namun pada akhirnya ianya menjadi sesuatu yang menyusahkan dan mendera mental para penjawat awam.

Kepada para pemikir ini,janganlah begitu.Apakata kalau kita lihat balik cara lama kita.Untuk naik pangkat contohnya ambil kiralah kekananan pegawai itu terlebih dahulu dan prestasi hanya sebagai pilihan kedua.Tentang kebolehan dan keupayaan pegawai itu kita percaya ianya akan wujud apabila ianya diberi peluang.Sebagai manusia memang ada beberapa kategori kelebihan masing-masing.Adalah kelebihan semula jadi anugerah Allah.Ada yang mempunyai keupayaan dan kebolehan hanya apabila diberi peluang dan tanggungjawab dan ada yang memang dijadikan Allah memang lemah dari segi kebolehan dan keupayaannya.Jadi golongan pertama dan kedua inilah yang kita tumpukan untuk kita membentuk pemimpin.

Jika sistem yang dulu didahulukan dan yang kemudian mengikut itu kita amalkan,kita yakin unsur "berpolitik" di kalangan kakitangan awam akan berkurangan,kerana mereka tahu akan sampai pada satu masa jika mereka memenuhi kriteria yang diperlukan itu maka mereka akan dapat sebagaimana senior mereka yang mendahului mereka.Bunyinya remeh tetapi kalau diamalkan secara berhemah dan ikhlas maka kita akan dapati hasilnya akan memuaskan.Apa guna kita aplikasi sistem penilaian yang canggih bunyinya,namun mematikan semangat anggota, kerana wujud hanya mereka yang pandai "berpolitik" sahaja yang mendapat habuan tetapi mereka yang ikhlas berkhidmat tetapi kurang "politiknya" akan terus ketinggalan dan semangatnya terus mati bersama cita-cita yang tidak datang-datang.



Share/Bookmark

0 comments: