11:45 PM

Tua

Setiap orang yang hidupnya panjang sudah pasti akan tua.Apabila sudah tua kita akan banyak "kehilangan",tenaga, pemikiran, malah keupayaan juga akan turut hilang bersama "tuanya' kita.

Kalau masa muda sesetengah orang garang namun ianya akan berubah bila menjelang tua,begitulah lumrahnya tentang perkara-perkara lain yang ada atas batang tubuh kita ini sebagai manusia.Semuanya akan merosot dan berlalu bersama tuanya kita.

Penyakit selalunya datang masa tua,pelupa juga datang bila dah tua,begitulah fizikal kita juga berubah apabila dah tua.Rambut beruban,gigi tercabut dan sebagainya.

Sifat tua ini cuma ada pada orang yang memandang sahaja,tetapi bagi diri sendiri jarang merasa dirinya sudah tua.Sebab itulah kita dapati ramai di kalangan orang yang sudah berumur ini melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang tua.Merogol,merompak malah apa sahaja perkara yang tidak munasabah oleh akal berlaku di kalangan manusia yang tua ini,sebabnya kita tidak merasa yang kita sudah tua.

Sebenarnya terimalah hakikat apabila kita sudah tua kita sebenarnya sudah banyak kekurangan,jangan degillah itulah hakikat sebenarnya.

Dewasa ini kita nampak banyak orang-orang yang dikatakan sudah tua ini dilantik dan disambung perkhidmatanya bagi yang berkhidmat dalam sektor awam dan sebagainya.Kenapa sampai begitu sekali sehingga kita sanggup menolak hakikat bahawa orang tua sememang lemah!!!?Apakah dengan melihat rekod-rekod yang lalu maka kita terus beranggapan mereka ini akan terus cemerlang sebagaimana sebelumnya?Rasionallah,sesungguhnya kalau kita rasional maka kita ada jawapanya.Oleh itu Rasionallah..

Share/Bookmark

0 comments: