5:40 PM

Antara kelemahan kita

Naluri manusia berkehendakkan sesuatu untuk dirinya.Manusia tidak peduli,asalkan dapat memuaskan hati maka itulah yang dicarinya.Sebab itu lah kita lihat manusia terus-terusan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya.Baik atau buruk caranya tidak menjadi perhitungan,apa yang penting hajat didapati dan menjadi miliknya.

Sepintas melihat situasi sebegitu kita dapat menilai bahawa manusia semacam tiada bezanya.Kaya miskin,berilmu atau tidak sama sahaja.Sebab itulah kita dapati berlaku di kalangan manusia adanya tindas menindas dan zalim menzalimi.kadang-kadang kita lihat watak yang beraksi itu tidak munasabah dengan peribadi yang dimilikinya.Berilmu tetapi rasuah,kaya dan berpangkat tetapi masih tamak dan berterusan melakukan kezaliman sesama manusia.

Manusia sering gelisah dalam mencari "habuan" ini,kenapa ya?!!.sebenarnya kita masih ada peluang untuk menyisihkan diri daripada menjadi manusia gelisah ini.Carilah Tuhan dan Dia sahaja yang pasti boleh menyelesaikanya.Kita kena percaya bahawa apa yang kita perolehi itu ada hikmatnya dan begitu juga jika kita tidak memeperolehi sesuatu itu juga ada hikmatnya.Kadang-kadang susah kita hendak memikir dan menerimanya,namun hakikat itu kita akan perolehi jika hati kita "lembut"dan berfikir secara berlapang dada dalam perkara ini.

Cuba kita renung dan kembali mengingati kisah-kisah lama kehidupan kita,saya pasti semua daripada kita ada kisah itu.Kadang-kadang apa yang kita perolehi itu ,walaupun ianya baik pada pandangan zahir tetapi banyak menyusahkan kita dan begitulah sebaliknya,kadang-kadang ada masanya kita menyesal dengan "perolehan" itu sedangkan sebelumnya kita bermati-matian untuk mendapatkannya!.Oleh itu untuk kehidupan ini berusahalah dan bertawakkallah,kita kena redha dan bersyukur dengan apa yang telah dan akan dikurniakan kepada kita kerana demi sesungguhnya Dia amat mengetahui tentang keperluan kita sebagai hamba yang dijadikan.

Share/Bookmark

0 comments: