6:25 PM

Bersangka baiklah selalu..

Sikap bersangka baik adalah sesuatu yang terpuji bagi yang mengamalkannya.Tabiat ini banyak menyelesaikan masalah terutamanya yang melibatkan hubungan di kalangan ahli masyarakat.Namun begitu berapa ramai yang kehidupannya diseliputi dengan sifat seperti ini.Kalau diperhatikan sedikit sekali bilangannya mereka yang mempunyai sifat "bersangka baik " ini dalam masyarakat kita.

Sebenarnya mereka yang mempunyai sifat dan perangai jenis ini adalah seorang yang berjiwa besar dan tidak mempunyai ramai musuh.Katalah atau fitnahlah apa sahaja namun dia masih "bersahaja" dengan fitnah itu,kadang-kadang tukang fitnah itu pula yang "sakit jiwa" dengan perangai orang yang berjiwa besar ini.Namun begitu berapa ramai orang yang seperti ini yang ada pada masa ini?,yang pasti ianya amat sedikit sekali.

Sifat dengki,tamak,dan memandang orang lain tidak betul adalah lumrah bagi sebahagian daripada kita.Itulah sebabnya berlaku fitnah sana fitnah sini dan selalunya akan berakhir dengan pergaduhan,malah lebih teruk lagi sehingga ke tahap berbunuhan sesama sendiri.Apa untungnya?Jika kita merenung dan bermuhasabah secara insaf sebenarnya kita tidak akan ke mana pun,paling hebat ,kita akan berjaya mengatasi sesorang yang kita dengki itu tetapi setelah kita berjaya mengatasinya apa yang kita dapat?,kita puas?,percayalah selagi kita manusia kita tidak akan rasa puas dan tenang.Selepas itu kita akan mencari lagi "mangsa" lain untuk kita puaskan hati kita dan begitulah berterusan sehinggalah kita mati.

Percayalah dalam "mengejar" dunia ini walaupun kita rasa macam ada kepuasan namun hakikat sebenarnya kita tidak pernah puas.Ini terbukti apabila kita akan berterusan mengejarnya.Ini menunjukkan kita sering dalam kegelisahan sebenarnya.Buktinya kita tidak pernah puas itu!!.

Sebagai akhirnya marilah bersama kita panjatkan doa kepada Allah agar kita diberi hidayah dan menjadi manusia yang diredhai Allah serta menjadi manusia yang sentiasa mencegah kemungkaran dan mengajak untuk melakukan kebaikan.Apa yang penting selalulah bersangka baik dalam kehidupan ini.



Share/Bookmark

0 comments: