5:39 PM

Percaya! tapi buat juga..

Setiap daripada kita mencari sesuatu tentunya untuk diri sendiri.Jarang kita dapati orang berbuat sesuatu untuk kepentingan orang lain,paling dekat pun kalau ada cuma untuk keluarga terdekat sahaja.Itu lumrah yang berlaku.

Allah mengutuskan Rasulnya ke dunia ini untuk menyampaikan tentang pentingnya kerja kita untuk dimunafaatkan kepada orang lain selain daripada diri kita sendiri.Semua orang tahu tentang perkara itu,samada orang itu banyak ilmunya atau sebaliknya.

Realiti dunia hari ini kita dapati jarang berlaku orang bekerja untuk kepentingan orang lain,kalaupun ada tidak banyak bilangannya.Rata-rata semuanya untuk diri sendiri,malah jika diminta maka akan ada sahaja alasanya untuk cuba mengelak.

Semua kita sebut percayakan hari pembalasan,tetapi kenapa apabila berbuat sesuatu kita jauh menyimpang dan seolah-olah hari pembalasan itu sesuatu yang tidak wujud? dan "kepercayaan" yang kita sebut itu bagaikan omong-omong kosong sahaja.Lihat sahajalah bagaimana perlakuan kita hari ini.Demi kepentingan diri,kita tidak segan silu untuk menipu,menzalimi orang lain malah kita memfitnah dan mengaibkan orang lain,malah kawan karib kita sendiri pun kita aibkan jika ianya dirasakan menjadi saingan kita.Kenapa begitu?.Semua orang tahu perlakuan sebegitu adalah berdosa.Ini semua kerana "kepercayaan " yang kita sebut itu sebenarnya bukanlah merupakan perkataan yang sebenar dan bukan lahir daripada isi hati kita yang tulus.Kita sebut hanya untuk mencari alasan supaya tidak dimarahi makhluk dan bukannya untuk mencari redha Khaliq yang menjadikan kita semua.

Sebelum terlambat marilah bersama kita insafi bahawa kehidupan dunia ini tidak kekal selamanya.Kalau kita merasakan rakaman sejarah Firaun atau Qarun itu kisah lama dan tidak begitu menginsafkan kita,maka kenanglah kisah kawan-kawan kita telah "pergi" dan sempat kita lihat .Bagaimana keadaan kawan-kawan kita itu samada yang kaya atau miskin,mereka semua pergi hanya berbekalkan dengan pakaian yang sama malah tidak mampu untuk berjalan sendiri ke kubor masing-masing.Insaflah,kuat sangatkah kita ini?.Oleh itu kembalilah kita kepada ajaran yang sebenarnya dan tetapkanlah diri dalam hidayah dan iman.

Share/Bookmark

0 comments: