Jam 4.00 pagi,kerana ada hal yang mustahak terpaksa ke bandar.Di sana walaupun hari sudah malam malah melebihi dua pertiga malam pun masih terdapat ramai orang dengan urusan masing-masing.Yang berniaga makan masih terus berniaga seolah-olah hari esok sudah tiada lagi.Kebetulan juga melalui kawasan masjid,tetapi di sini tiada orang,malah masjid masih tertutup dan gelap tanpa cahaya.
Melihat kedua keadaan yang berbeza ini membuatkan fikiran resah secara tiba-tiba,betapa gambaran yang disebut oleh Allah melalui al-Quran itu tentang perangai manusia adalah jelas melalui pengamatan yang dilihat pada pagi ini.Manusia sibuk hanya "mencari" untuk kudapan jasad hatta terpaksa melupakan kerehatan malam yang disediakan Allah.Saya yakin makanan rohani amat sedikit kita usahakan kalau pun ada,namun ianya tidaklah "selazat" apa yang kita sediakan untuk jasad.Percayalah untuk rohani tiada vitamin,tiada hiasan dan tiada menu tambahan yang kita cuba usahakan,berlaianan dengan menu untuk jasad yang kita setiap hari berikhtiar termasuk berkursus untuk melazatkanya.
Sebagai peringatan baca dan hadamkanlah firman Allah ini:
الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ
(yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,)
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ
(dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya)
Semoga bermunafaat...
7:11 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment