7:22 AM

Anda bangga ke jadi melayu ?

Sebagai orang melayu,apa perasaan anda sekarang ini?,anda bangga menjadi melayu?!! atau anda malu untuk mengaku diri anda sebagai melayu.Melihat realiti sebenar yang berlaku di kalangan melayu sekarang ini kadang-kadang terasa juga malunya nak mengaku diri ini sebagai melayu,apa tidaknya,dalam menilai-nilai komponen bangsa yang ada di Malaysia ini nampaknya Melayulah yang terkebelakang sekali dari segi kelemahan sikap dan jatidirinya.

Melayu teramat lemah dari segi sensitivitinya.Merompaklah,mengatalah,kutuklah atau buat apa sahaja kepada Melayu,cuma yang marah atau tersentuh sensitivitinya adalah melayu yang kena itu sahajalah,tetapi melayu lain tidak akan memberi apa-apa respon pun terhadap apa juga yang berlaku kepada melayu lain.Dengan kata lain orang melayu ini tidak akan terganggu mindanya kalau "poketnya" tidak diganggu,tetapi kalau ganggu poketnya"maka akan mengamuklah dia,itupun dia sahaja yang akan mengamuk keseorangan.

Itulah diantara sikap Melayu yang kita lihat dan berlaku masa kini.Tidak usah ceritalah tentang perangai lain orang melayu ,nescaya kita lagi malu untuk mengaku kita ini sebagai melayu.Marilah bersama berdoa kepada Allah agar menyelamatkan Melayu-melayu ini daripada kehinaan yang semakin menyerlah kini.Apakah kata-kata Hang Tuah "takkan melayu hilang di dunia ini" hanya sekadar retorik untuk melekakan melayu supaya sentiasa mengalah dan terus mengalah sehingga lenyap melayu dalam keadaan layu dan terus layu.Alahai melayu!!!.



Gambar hiasan




Share/Bookmark

0 comments: