Berita penarikan kereta daripada pasaran kerana berlakunya kecacatan pembuatan mengejutkan semua orang.Tambahan lagi ianya melibatkan nama besar seperti Toyota,Honda dan beberapa jenama lain.Kecacatan ini sebagaimana yang dilaporkan telah mengakibatkan berlakunya kehilangan nyawa akibat daripada kemalangan yang berlaku.
Penarikan kereta dari pasaran ini melibatkan negara-negara Eropah dan Amerika.
Dalam melihat perkara ini,banyak persoalan yang menjegah pemikiran kita.Kenapa "penarikan" ini tidak berlaku di negara kita,sedangkan jenama-jenama tersebut juga wujud di negara kita ini,lagi pun dari segi teknikalnya semua komponen yang dibuat untuk menghasilkan kereta-kereta tersebut adalah sama dan cara pemasangan juga rasanya tiada yang berbeza dari segi spesifikasinya.
Di negara kita ini,antara yang terbanyak dari segi bilangan dan kekerapan berlakunya kemalangan.Pernah kita buat kajian atau tubuh pasukan penyiasat untuk menyiasat sebab-sebab berlakunya kemalangan tersebut khususnya kenderaan yang terbabit.Pasukan penyiasatan hanya ditubuhkan bila berlaku kemalangan yang melibatkan kapalterbang,bas atau bot-bot sahaja.Pernah kita dengar ke bila berlaku kemalangan terutamanya melibatkan kereta individu dan berlaku pula kematian,ditubuhkan pasukan penyiasat untuk mengenal pasti punca berlaku.Rasanya tiada dan nampaknya pihak berwajib tidak berminat ke arah itu sebagaimana yang diamalkan di negara-negara luar.
Di sini sebenarnya bukan tidak ada aduan yang melibatkan kenderaan baharu yang dibuat oleh para pembeli di pusat-pusat servis yang disediakan,namun sejauh mana responnya tidak dapat dipastikan.
Melihat kepada budaya tidak sensitif di kalangan pengguna dan juga pembekal maka tidak mustahi apa yang berlaku di Amerika dan juga Eropah juga sememangnya berlaku juga di sini,tetapi disebabkan kita tidak peka dan sikap pembekal yang tidak begitu perihatin terhadap kepentingan keselamatan maka perkara yang penting ini terabai begitu sahaja.
Sebagai penyelesaian, kerajaan seharusnya bertindak dengan segera dalam perkara ini dengan menjadikan "keselamatan" sebagai keutamaan dalam pembuatan kenderaan yang dijual di negara ini.Pasukan penilaian yang berkualiti hendaklah ditubuhkan dengan segera untuk menilai serta memastikan setiap kenderaan yang dijual di negara ini betul-betul selamat dan terjamin dari segi kualitinya.
12:08 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment