Hari ini jumaat 2 April 2010.Masih bercuti.Dikesempatan ini agak lama berada di kampung menemani orang tua yang satu-satunya khazanah "milik saya" yang paling berharga dalam dunia ini.
Nyamanya kampung (gambar Hiasan)
Pagi,selesai solat subuh singgah di sebuah warung kampung.Sudah lama tidak begini,damai sungguh rasa hati.Tujuan singgah selain daripada bersarapan juga untuk berjumpa kenalan sekampung yang sememangnya lama tidak dikunjungi.Rindu sungguh rasa hati untuk menikmati suasana begini dan Alhamdulillah kali ini tertunailah apa yang dihajati.Di warung pesan minuman kurang manis.Kata abang warung orang sekarang takut mati!! tambahan lagi yang kaya dan berharta.Kalau miskin tidak kisah itu semua.Mana ada orang kampung minta minuman kurang manis? Katanya.Hatta yang berpenyakit kencing manis pun tidak pernah minta minuman yang kurang manis,kata abang itu.Dah lama saya berniaga begitulah gelagat pelanggan dan berbezanya antara orang berada(baca:orang bandar/bekerja dan bergaji tetap) dengan orang yang kurang berada (baca:orang kampung tidak berpendapatan tetap).
Gambar hiasan
Sebenarnya untung nasib kita ini Allah dah tentukan,luah abang warung itu, memberi tazkirah pada saya. Kan selalu sebut ajal maut,jodoh dan pertemuan itu Allah dah tentukan!! Kenapa bila dalam hal begini kita menolak tawakkal seolah-olah kita berkuasa segala-galanya? Kita lupa Allah sebenarnya.Beringat dan berwaspada itu mesti!! Kata abang itu,tetapi apa yang lebih penting kita kena tawakkal.Betapa ramai yang sudah meninggalkan kita (baca: mati).Semuanya kalau boleh tidak mahu mati,tetapi kenapa mati juga?!kata abang itu lagi.Babi di hutan kenapa ada yang mati di jalanraya? Sedangkan sepatutnya babi itu mati di hutanlah!,kalau ada di antara babi yang boleh bercakap dan bersyarah di kalangan mereka memberi peringatan tentang perlunya menjaga diri dari bahaya jalanraya nescaya penceramah itu akan di perli dan dipermainkan oleh kelompok babi itu,tanpa memikirkan bahawa ketentuan Allah yang tertuliss di "Lauh Mahfuz" itu adalah ketentuan yang tepat dan maha benar..kata abang warung itu lagi.Terpegun saya....
gambar perkuburan (gambar hiasan)
Berfikir panjang saya,leteran abang warung itu walaupun bersahaja dan tanpa ilmu yang berjela menginsafkan saya,sesungguhnya persinggahan kita di "sini" hanya sementara saja dan bekal yang hakiki hanya unuk ke"sana",oleh itu bijaklah dalam mencari "bekal",jangan bekalnya lebih ditempat yang tidak perlu berbekal lebih,sedangkan tempat yang perlu bekal lebih kita berkurangan bekal pula,tekan abang itu.Saya akur,walaupun hujjahnya agak "keterlaluan" tetapi nampaknya ianya sesuai untuk "mengubati" jiwa saya dan mungkin juga jiwa-jiwa yang lain.Bersama renungkan....
Untuk N3 ini saya pohon bersama berdoa dan menyedekahka al-fatihah kepada sahabat-sahabat yang baru meninggal semalam dan dua hari lepas.Abdullah Syukri Hassan dan Din....semoga diberi keampunan..
0 comments:
Post a Comment