Dalam tempoh dua minggu ini lima orang kenalan telah pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya.Semalam datang seorang kawan bertanya apa rasanya di saat kematian?.Saya minta kawan itu merujuk alQuran dan hadis,dimana banyak menjelaskan tentang peristiwa yang akan dialami manusia di saat kematian berlaku.Kalau susah sangat dalam surah AlQiamah itu pun ada diceritakan tentang perkara itu,nasihat saya.
Sebenarnya jarang diantara kita yang bertanya dan cuba berfikir bagaimanakah suasana sebenar yang akan berlaku disaat kematian akan tiba.Bila sahaja berlaku kematian di kalangan kita,kita hanya merasa sedih dan pilu tentang hilangnya kawan kita itu sahaja,kita tidak pernah terfikir apa sebenarnya yang dialami oleh kawan kita itu disaat kematian dan selepas kematianya.
Sebenarnya tidak susah untuk kita mengentahui apa yang akan berlaku di saat kematian sesorang manusia ini.Gambaran dan suasana sebenarnya ada di jelaskan oleh Allah dalam alQuran.Kalau kita selalu membelek dan mengkajinya nescaya kita akan terjumpa pemberitahuan tersebut.Cumanya kalau dah tahu apakah kita bersedia ataupun akan menerima hakikat tersebut?.Bagi orang yang cerdik sudah tentu dia bersedia dengan segala persiapan yang sebaik mungkin,namun bagi sestengah orang tidak begitu.Itulah sebabnya kita tengok kalau ada sahaja kematian masing-masing semacam ada rasa insaf,tetapi cuma sesaat itu sahaja,selepas sahaja pengkebumian berlaku perangai lama akan datang semula dan kadang-kadang "jahiliahnya" melebihi tahap sebelum ini.
Kepada kawan yang bertanya itu,satu pujian untuk beliau,semoga "ingatnya" anda tentang mati membolehkan anda dan kita semua akan berubah ke arah yang lebih baik.Sebenarnya mengingati mati ini adalah satu senaman minda yang akan mengukuhkan peribadi kita.Kita tidak lagi berharap kepada manusia dalam hidup kita,dan tidak "berani" lagi melakukan kesalahan-kesalahan yang akan "menjerat" kita di saat kematian mahupun selepas kematian.Kepada semua pohonlah keampunan dan carilah keredhaan Allah semoga kita semua selamat di dunia dan selamat di akhirat...
5:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment