6:16 PM

Kadang-kadang kita seronok kalau berperangai begini

Tingkah laku seharian adalah merupakan gambaran sebenar apa yang dalam hati kita.Kalau ceria dan tenang itu merupakan gambaran hati, sebaliknya kalau kasar,pemarah dan ego juga adalah merupakan gambaran hati kita.

Ego atau sombong sebagai contoh,ianya adalah merupakan sifat keji dan tercela. Ia
bermaksud tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada
orang lain.Ramai tidak akan mengaku sebagai tergolong dalam golongan tersebut jika ditanya.Setiap daripada kita sewajibnya mengelak dan menghindari sifat atau perangai tersebut.Melatih diri serta mendekatkan diri kepada Allah adalah antara cara untuk meninggalkan sifat tersebut.Menginsafi kelemahan diri serta menerima hakikat siapa kita sebenarnya adalah cara terbaik untuk kita membuang jauh sifat ego dan sombong ini daripada diri kita.

Sebenarnya kita perlu menilai diri dan menjawab sejujur-jujurnya, sejauh manakah keegoan atau kesombongan dalam hati selama ini. Pernahkah kita mengatakan orang lain sombong?
Kadangkala perkelahian dan perselisihan pendapat menyebabkan kita tidak bertegur sapa untuk
beberapa hari. Kadang-kadang kita bangga dengan kuasa yang ada,kita gunakan kuasa itu untuk membuli,mengherdik atau sebagainya dan berkebetulan tiada yang "melawan"kita.Maka kita seronok.

Orang yang ego selalu mengiyakan pendapat atau pandangan orang lain apabila berhadapan
dengan orang ramai. Di belakang mereka, dia akan mencaci dan menganggap pendapat itu tidak
bernas, malah merendahkan personaliti orang berkenaan. Orang sombong juga enggan
mengalah walaupun dia bersalah. Dia sanggup bertegang urat asalkan dia menang.Mereka yang sebegini akan berasa puas apabila melihat orang lain diam dan hanya mengiyakan
kata-katanya.Kadang untuk menghalalkan perbuatanya dia akan berkata sebenarnya hatinya baik dan perlakuan atau kata-katanya itu hanya sebagai untuk mengajar atau memberi peringatan sahaja.Apakah benar begitu?.Apakah tidak terfikir bahawa manusia ini sifat dan perasaanya adalah berbeza.Manusia bukan barangan biasa bila terkena air atau apa-apa sahaja bila dicuci akan terus bersih,tetapi manusia sekali terkesan hatinya ianya lambat untuk dipulihkan.

Kepada kita yang ada sifat ini bersama kita renungi peringatan ini :

Allah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan buruk yang dikatakan
dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang
dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nisa’,
ayat 148)

Justeru, tanyalah diri apakah selama ini kita sombong atau tidak? Jika ternyata sombong atau
ego, ubah sikap supaya diri disenangi orang lain. Amalkan sikap sabar kerana orang yang sabar
akan sentiasa merendah diri tidak mudah marah.



Share/Bookmark

0 comments: