Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk menghirup udara segar tahun baru 2011.Banyak kenangan yang tercoret di sanubari ditinggalkan bersama dengan perginya 2010.
2010 menyaksikan ramai kawan seangkatan pergi menyahut seruan Ilahi.Doa untuk kawan-kawan ini semoga diberi keampunan terhadap segala perlakuan yang bertentangan dengan kehendakNya.
2010 juga diberi kesempatan untuk berkunjung ke beberapa tempat samada dalam dan luar,juga menyaksikan kepelbagaian perangai dan budaya masyarakat setempat.Kalau kita berbangga dengan tempat kita, mereka juga berbangga dengan tempat mereka.Sebagai satu penilaian secara adil sebenarnya "kebaikan " itu berada dimana-mana cuma kita kadang-kadang "ego" dengan apa yang kita ada.
2011 juga akan memberkan pengalaman baru bila anak-anak mula meninggalkan rumah kerana selesai pendidikan menegah masing-masing.Kini suasana diawal berumahtangga mula menjengah semula bila kebanyakan masa hanya tinggal berdua sahaja.Rupanya ramainya anak atau sedikitnya anak akhirnya akan tinggal kembali sebagaimana asal.Lebih istimewa akhirnya kita hanya akan keseorangan.Samada sunyi atau meriah hanya "amalan" yang menjadi bekal.
Akhirnya bersama kita doakan kebaikan untuk kita semua dan diberi keampunan terhadap salah dan silap selama ini.Demi sesungguhnya kita adalah makhluk yang tidak dapat lari daripada takdir yang ditentukan oleh pencipta.Pohon padaNya agar diberi di dunia ini kebaikan dan kebaikan juga di akhirat nanti.Selamat berjuang!!!
9:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment