5:16 PM

Munajat tahun baharu 2010

http://nustaffsite.gunadarma.ac.id/blog/viyan/files/2008/11/doa.jpg







Ya Allah,sempena tahun 2010 ini kami ingin mengadu kepadaMu bahawa kini kami berada dalam kesempitan.Jenayah menjadi-jadi di mana-mana sahaja hatta di rumah-rumahMu ya Allah.Para pimpinan kami asyik bertelagah dan menampakkan mereka melupaiMu dalam setiap tindakan masing-masing.Kata-kata atau janji pemimpin kami sekarang ini jarang boleh dipegang jika berjanji,mereka seolah-olah menganggap kami ini sebagai sampah dan tidak bernilai apa-apa.Janji untuk menolong rakyat dengan slogan-slogan retorik yang sangat mengujakan cuma tinggal slogan sahaja.

Ya Allah ya Rabbuna,harga barang-barang keperluan kami naik hari demi hari.Tiada tempat lain untuk kami mengadu cuma hanya pada Mu ya Allah.Rezki pendapatan kami tidak seberapa,untuk tahun-tahun baharu mendatang ini kami jangka akan lebih perit lagi dengan bebanan cukai,tol dan lain-lain bil yang terpaksa kami tanggung yang sudah tentunya akan naik.

Ya Allah Ya Rabbuna,Kebajikan kami kini sudah banyak yang terabai.Anak-anak belajar kalau tiada duit maka akan ketinggalanlah kami.Para pimpinan semacam tidak peduli kami.Peluang belajar hanya untuk yang cemerlang sahaja sedangkan kecemerlangan itu adalah sesuatu yang sulit untuk dinilai.Kalau bilangan A yang banyak sahaja yang diambil kira maka di mana anak-anak yang kurang banyak A itu hendak pergi.Kami takut mereka-mereka ini nanti akan menjadi penjenayah atau pengkhianat yang akan merosakkan masyarakat kami nanti,sedangkan kini polis seolah-seolah tidak termampu membendung gejala yang sedang berleluasa.

Ya Allah Ya Rabbuna,Pimpinlah kami bantulah kami,anugerahkan kepada kami para pemimpin yang berakhlak mulia dan patuh kepada titah perentahMu.Jauhilah kami daripada dipimpin oleh mereka-mereka yang pembohong,munafik dan perasuah.Demi sesungguhnya kami takut tidak mendapat keberkatan daripadaMu hasil daripada dipimpin oleh mereka yang zalim.

Ya Allah Ya Rabbuna,Limpahilah kami dengan segala kerahmatanMU dan jadikanlah kami hamba yang mendapat keberkatan serta petunjuk serta kekalkanlah kami dalam Iman selamanya dunia dan akhirat.Lindungilah kami daripada melakukan kezaliman dan munafik serta lindungilah juga kami daripada dizalimi serta hancurkanlah mereka-mereka yang zalim serta membohongi rakyat jelata dengan kuasa yang ada.

Ya Allah Ya Rabbuna,Berikanlah kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat juga kebaikan.Kami pohon pada Mu ya Allah kerana tiada lagi yang lain untuk kami mengadu kecuali MU Ya Allah..Amin











Share/Bookmark

0 comments: