4:28 PM
Sekarang ini isu kebersihan adalah menjadi topik percakapan kebanyakkan orang.Di bandar terutamanya; kalau sampah tidak dipungut maka pihak yang berwajib seperti majlis perbandaran akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas perkara tersebut.Kadang-kadang tidak habis dengan pengurusan sahaja yang kena kutuk malah kerajaan negeri berkaitan juga turut menerima tempiasnya.
Semalam dalam perjalanan ke Kelantan daripada Terengganu saya terserempak dengan satu "skuad" yang terdiri daripada wanita bermotorsikal dengan "berlembing" di tangan menikam-nikam sampah di tepi jalanraya dan memasukkan dalam karung plastik.Untuk lebih jelas saya menghampiri skuad ini,rupa-rupanya mereka ini adalah pekerja kontrak yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang lebuhraya tersebut.Dimaklumkan selain di lebuhraya di perkampungan berhampiran juga kerja-kerja ini pun dibuat juga.
Hari ini sambil memandu di Kota Bharu saya sekali lagi terserempak dengan "skuad" juga. "Skuad sampah",itu tulisan pada motorsikal bertayar tiga yang saya temui itu.Kumpulan yang sedang berkonvoi ini juga melakukan kerja-kerja memungut sampah sebagaimana yang ditemui oleh saya di Terengganu semalam.Cuma di Kelantan lebih bersistem dari segi logistiknya.
Daripada pemerhatian ini nampaknya pihak-pihak yang berwajib sedar tentang tanggungjawab yang perlu dilakukannya demi untuk melestarikan kawasan masing-masing,buktinya penyediaan kemudahan termasuk para pekerja sebagaimana yang saya sebut tadi,cuma apakah respon kita sebagai pengguna dan pemilik kepada kawasan kita itu?!Adakah bila kawasan kita kotor atau tidak terurus maka terus kita menyalahkan orang lain dalam perkara tersebut, memang tidak dinafikan ada di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan itu tidak begitu peka dengan kerja-kerja yang seharusnya dilakukan itu,seperti ponteng kerja atau sebagainya,namun begitu itu bukan alasannya untuk kita turut tidak bekerjasama dalam menjaga kebersihan ini.Ayuh kita bersama melestarikan kawasan kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment