11:12 PM

Bersama kenangan......

(Gambar hiasan....salam Pak Majid Apa Khabar sekarang,moga-moga sihat hendaknya)

Hari ini jumaat.Balik kampung.Bila di kampung banyak aktiviti yang boleh dibuat berlainan dengan di bandar,kalau hendak berpeluh kena "jogging" atau pergi"gym"atau main badminton.Pendek kata sikit atau banyak semua kena keluar belanja dan hasilnya keluar peluh saja.Selalunya kalau berpeluh tandanya sihat lah pada kebiasaan dan menjadi kepercayaan semua orang.Apa pun kita kena berserah kepada Allah lah dalam bab ini.Kalau di kampung semua percuma.Dalam proses mengeluarkan peluh pun kita dapat hasil,paling tidak pun ulam-ulaman untu makan tengahari.Itu nikmatnya di kampung.

Lepas solat jumaat ada jiran sekampung jemput untuk tahlil arwah di rumahnya.Dalam majlis tersebut jumpa ramai kawan-kawan lama.Masing-masing bertanya khabar,maklumlah dah lama tidak berjumpa.Dalam bertanya khabar tu baru saya ingat rupanya kita ni dah tua.Bayangkan ramai rakan-rakan tadi dah putih rambut masing-masing malah yang dah tak ada gigi pun dah ada,bila disapa "dah tua kita ni"jawab rakan tersebut selamba.

Rupa-rupanya kita ni kalau lama di bandar sikap peka itu agak kurang sikit.Maklumlah di sana mana ada masa sangat muhasabah diri ni.Masing-masing sibuk dengan urusan dan terlebihnya urusan dunia lah.Itulah kalau untuk lebih terkesan dari segi muhasabah diri ini selalu-selalu lah jengah kampung halaman.Jumpalah kawan-kawan sepermainan kita dulu-dulu.Dari sini kita sekurang-kurangnya beringat dan insaf bahawa kita sebenarnya sudah tua dan perangai kita pun sepatutnya lebih baik,Jangan bermuhasabah bila kena musibah saja.Sebenarnya semasa hidup ini kena sentiasa muhasabah diri waimma masa senang atau pun susah. Di bandar kita sebenarnya sentiasa berjiwa muda.Itulah kadang-kadang berlaku ada di kalangan jurujual yang sebaya anak kita panggil kita pakcik ada yang komplen,ai ingat saya ni dah tua ke panggil pakcik.Rambut dah putih misai dan janggut pun sama putih,jalan pun terketar dan mengah-mengah tetapi bila panggil pakcik marah pula.Alahai manusia.

Berbalik pada kenang-mengenang ini rupanya saya ini pun sudah masuk dalam kategori generasi pertama.Bayangkan semasa masih di kampung dulu ada anak-anak yang masih atas dukungan ibu tetapi hari masa jumpa dalam majlis tadi ini sudah segak,bermisai tebal,malah dah kahwin pun serta sudah ada anak..terfikir hai cepatnya masa berlalu..bagaimana nak hitung hari Allah yang disebut satu hari di akhirat sama dengan seribu tahun di dunia.Mohon ampun ya Allah.....








Share/Bookmark

0 comments: