11:48 PM

Saya pun setuju ratusan peratus


Mufarakah yang menyusah orang lain

SUBKY LATIF | .

TIDAKLAH saya hendak membangkit dan memburukkan dua ADUN PAS Selangor yang bercadang mufarakah daripada jemaah Islam kita itu, tetapi sekadar hendak menyatakan bahawa pendirian yang pernah mereka nyatakan dalam saat krisis Embi negeri itu telah menyusahkan orang lain yang berada dalam PAS, yang mereka itu ada latar belakang sejemaah dengan keduanya.
  
Ramai mana? Tidak pula didaftarkan kerana PAS tidak perlu mangasingkan orang-orangnya dalam kelompok yang berbeza-beza. Mereka itu ramai. Asal ahli, berbakat dalam perjuangan, solat dan puasa adalah memadai dan boleh diberi kepercayaan. Dipercayai ada dalam semua tingkat parti.
   
PAS kira-kira hampir 30 tahun dulu kurang berminat dengannya sekali pun antaranya adalah anak dan menantu orang-orang PAS. Sekalipun PAS itu sudah setengahnya sejak sebelum mereka lahir, tetapi belum masa untuk menjadi PAS kerana belajar, mereka lebih dulu menjadi anggota kumpulan itu.
   
Sebagai keturunan orang PAS, tidaklah mereka membawa bendera Umno ke dalam rumah ibu bapa mereka, tetapi mereka sudah ada pandangan dan sikap lain terhadap perjuangan ibu bapa mereka. Sekalipun mereka menyertai PAS dan diberi amanah, tetapi jika bertembung program PAS dengan kegiatan kumpulannya, tiadalah mereka bersama PAS. Dan yang diberi amanah, kurang merancang  kegiatan PAS dari mereka merancang kegiatan sendiri.
  
PAS setengah negeri tidak memberi mereka peranan penting, memadailah menjadi ahli. Tidak nafikan mereka ada membuat banyak kebaikan dalam jemaah mereka. Mereka buat sekolah Islam yang elok di banyak tempat. Saya tahu itu sekolah mereka, pelajarannya baik, saya hantar anak-anak saya ke tadika dan sekolah rendah mereka. Hingga ada Pemuda PAS di luar negeri bersungut sebagai pemimpin PAS anak saya ke sekolah mereka. Itulah teruknya hubungan sesama Islam apabila berada dalam jemaah yang berbilang-bilang.
   
Di Kuala Lumpur, saya memberi peluang dan ruang kepada semua. Antara orang yang membangunkan cerucuk Markaz PAS Pusat Taman Melewar itu adalah jurutera muda mereka. Ketika saya hendak memulakan Harakah, mereka sumbangkan kumputer. Sampai sekarang saya tidak menaruh kesangsian dan terus menghantar cucu ke tadika mereka sekalipun ada PASTI berdekatan.
  
Mengapa? Sebab saya mahu hubungan yang selesa dengan orang Islam selain dari Umno. Kalau saya boleh bergaul dengan Umno, mengapa saya tidak boleh menghormati mereka.
  
Saya tahu masa itu Ustaz Fadzil acap memberi ingatan kepada penyokong PAS, barang siapa menyertai PAS, hendaklah mereka meninggalkan jemaah mereka. Pandangan Ustaz Fadzil itu adalah membayangkan seriusnya pandangan PAS terhadap jemaah lain yang hendak menyertai PAS.
   
Satu pasangan aktivis PAS, anak menantunya orang PAS yang rapat dengan saya, sentiasa bersama dalam kegiatan di Kuala Lumpur pindah ke Kelantan apabila negeri diperintah PAS semula untuk berkhidmat dalam jemaah di situ. Saya dengar dia tidak dilayan oleh orang-orang di situ kerana latar belakang jemaah tadi. Baru-baru ini saya terserempak dengannya di Putrajaya. Dia sudah balik ke Lembah Kelang. Saya diberitahu anak menantu orang PAS itu sudah jadi Umno.
   
Masa beredar dan perkembangan pesat dan berubah. Peka atas pengalaman silam jemaah lain itu cair. Jemaah itu acap bertukar baju dan nama. Sekalipun ada sisa kecurigaan itu di tempat tertentu, PAS tidak mengira sangat titik bengik dulu. Mereka yang terjun ke dalam PAS tidak ditakwil lagi sekalipun jemaah lama terus dengan sikap non-partisan dalam politik.
   
Tetapi dengan kejadian dua ADUN tadi amat meranjatkan hingga ada yang berfikir kebimbangan lama terhadap kumpulan itu seperti ada asasnya. Ini boleh menyusahkan rakan sejemaah mereka yang istiqamah dalam PAS, susah jika ada yang mentakwil kesetiaan mereka. Itulah yang timbul ekoran daripada sikap keduanya. Saya tetap pilu tentangnya. –HARAKAHDAILY 26/8/2014

Share/Bookmark Read more...

7:42 PM

kerkup

dia berbuah lagi

bersama sinar mentari pagi
tanpa hirau onak dan duri
itu naluri
terusan berbuah lagi
akan berhenti
bilanya mati

Share/Bookmark Read more...

8:03 PM

Aku berdiri memerhati

dunia semakin aneh kini
ramai yang berilmu tinggi
ada yang jadi menteri
ada yang jadi pak guru institusi
ada yang jadi mufti
ada yang jadi pegawai tinggi
tapi hari-hari berkelahi
masing-masing ada wahyu Ilahi
masing-masing ada sabda nabi
namun juga berkelahi
tak heran kalau berkelahi
antara para sentri
yang tiada ilmu tinggi
itu kerana kejahilan diri
tapi apa nak jadi
untuk para ilmu tinggi
apakah tandanya ini
bahawa dunia hampir mati
mohon perlindungan daripada Mu ya Ilahi
dari fitnah ini
semoga iman berkekalan sampai mati


Share/Bookmark Read more...

11:39 PM

begini,

ada cerita hati
yang sering mencari
 kehidupan duniawi

begini,
ada cerita hati
tidak kenal hati budi
antara itu dan ini

begini,
ada cerita hati
hanya untuk diri
orang lain apa peduli

begini,
ada cerita hati
kerana diri
orang lain tiada dihati..



Share/Bookmark Read more...

8:03 PM

Tapisan

1. Air yang tidak bersih boleh dibersihkan dengan mengasingkan kotoran yang terkandung di dalamnya.Antara kaedahnya ialah dengan cara menapis.Penapis yang baik akan membersihkan air tersebut ke tahap yang maksima dengan jaminan ianya boleh digunakan dengan selamat termasuklah untuk diminum.


2. Manusia,juga sebagaimana air mengandungi unsur bersih dan kotor itu.Bila terdapat kedua-dua unsur itu maka ianya juga perlu dibersihkan demi untuk menjamin kualiti manusia itu supaya ianya tidak "berkecamuk" dalam kehidupan ini.

3. Manusia yang "bersih" digambarkan oleh Allah adalah sebaik-baik manusia,dan pengakhiranya adalah syurga dan manusia yang tidak bersih itu disebut oleh Allah sebagai manusia yang berdosa dan jika tidak di"bersihkan maka ganjaran akhirnya adalah neraka.

4. Proses "pembersihan" ini bersifat semulajadi,dan ianya adalah dalam bentuk anugerah yang telah Allah tentukan kepada setiap manusia berasaskan sebab-sebabnya yang tersendiri,dan proses ini bolehlah kita ungkapkan sebagai "penapisan"oleh Allah terhadap manusia itu sendiri.

5."Penapisan" Allah adalah sesuatu yang unik dan banyak menguji manusia,bagi yang kaya ianya akan diuji dengan kekayaanya,bagi yang miskin ia  akan diuji dengan kemiskinannya, bagi yang berkuasa akan diuji dengan kuasanya dan begitulah seterusnya ujian-ujian tersebut akan berterusan berlaku berasaskan bidang dan cara hidup masing-masing

6.Sebagai contoh,ada  pihak yang berkuasa dikritik kerana menyalahgunakan kuasa yang ada di tangan mereka, termasuklah penyalahgunaan dana atau sebagainya,namun sebaliknya perkara yang sama diamalkan oleh pengkritik apabila mereka juga berkuasa.

7.Mengajak manusia ke arah kebaikan adalah tugasan yang mulia dan patutnya menjadi amalan setiap manusia,namun ramai di antara yang berbuat begitu tidak kekal dengan apa yang diamalkan itu.Mereka sering "gugur" bila berhadapan dengan "ujian".Ujian yang paling utama ialah kebendaan.Dengan benda lah maka kita lihat mereka yang dulu bekerja kuat untuk itu kini telah "melupakan"siapa diri mereka.Kelihatan berlaku "percanggahan" yang hebat dengan apa yang diperkatakan dulu dengan pembawaan yang diamalkan sekarang.Bila diselidiki maka "benda"adalah menjadi puncanya.

8.Proses penapisan atau pembersihan ini sudah pasti akan berjalan secara berterusan,maka akan selamatlah mereka yang berjaya dalam mengawal diri dan berkeupayaan untuk istiqamah di atas kebenaran.Demi sesungguhnya kebenaran itu pasti mengatasi kebathilan.

Share/Bookmark Read more...

8:17 PM

lemah

rambut lurus nak kerinting

rambut kerinting nak lurus
semuanya tidak kena
apa nak jadi manusia...

Share/Bookmark Read more...

7:48 PM

harapan

kaya itu cita-cita
miskin derita orang tak suka
maka ramai-ramai usaha
untuk berjaya
namun apa yang ada
masih ada miskin dan kaya
lagi ramai-ramai usaha
untuk berjaya
miskin dan kaya
wujud juga
orang dah kata 
miskin dan kaya
pasti ada
kamu usaha
mesti dengan doa
pasti berjaya

Share/Bookmark Read more...