1. Air yang tidak bersih boleh dibersihkan dengan mengasingkan kotoran yang terkandung di dalamnya.Antara kaedahnya ialah dengan cara menapis.Penapis yang baik akan membersihkan air tersebut ke tahap yang maksima dengan jaminan ianya boleh digunakan dengan selamat termasuklah untuk diminum.
2. Manusia,juga sebagaimana air mengandungi unsur bersih dan kotor itu.Bila terdapat kedua-dua unsur itu maka ianya juga perlu dibersihkan demi untuk menjamin kualiti manusia itu supaya ianya tidak "berkecamuk" dalam kehidupan ini.
3. Manusia yang "bersih" digambarkan oleh Allah adalah sebaik-baik manusia,dan pengakhiranya adalah syurga dan manusia yang tidak bersih itu disebut oleh Allah sebagai manusia yang berdosa dan jika tidak di"bersihkan maka ganjaran akhirnya adalah neraka.
4. Proses "pembersihan" ini bersifat semulajadi,dan ianya adalah dalam bentuk anugerah yang telah Allah tentukan kepada setiap manusia berasaskan sebab-sebabnya yang tersendiri,dan proses ini bolehlah kita ungkapkan sebagai "penapisan"oleh Allah terhadap manusia itu sendiri.
5."Penapisan" Allah adalah sesuatu yang unik dan banyak menguji manusia,bagi yang kaya ianya akan diuji dengan kekayaanya,bagi yang miskin ia akan diuji dengan kemiskinannya, bagi yang berkuasa akan diuji dengan kuasanya dan begitulah seterusnya ujian-ujian tersebut akan berterusan berlaku berasaskan bidang dan cara hidup masing-masing
6.Sebagai contoh,ada pihak yang berkuasa dikritik kerana menyalahgunakan kuasa yang ada di tangan mereka, termasuklah penyalahgunaan dana atau sebagainya,namun sebaliknya perkara yang sama diamalkan oleh pengkritik apabila mereka juga berkuasa.
7.Mengajak manusia ke arah kebaikan adalah tugasan yang mulia dan patutnya menjadi amalan setiap manusia,namun ramai di antara yang berbuat begitu tidak kekal dengan apa yang diamalkan itu.Mereka sering "gugur" bila berhadapan dengan "ujian".Ujian yang paling utama ialah kebendaan.Dengan benda lah maka kita lihat mereka yang dulu bekerja kuat untuk itu kini telah "melupakan"siapa diri mereka.Kelihatan berlaku "percanggahan" yang hebat dengan apa yang diperkatakan dulu dengan pembawaan yang diamalkan sekarang.Bila diselidiki maka "benda"adalah menjadi puncanya.
8.Proses penapisan atau pembersihan ini sudah pasti akan berjalan secara berterusan,maka akan selamatlah mereka yang berjaya dalam mengawal diri dan berkeupayaan untuk istiqamah di atas kebenaran.Demi sesungguhnya kebenaran itu pasti mengatasi kebathilan.
0 comments:
Post a Comment