Bajet 2011 memutuskan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) di kalangan kakitangan awam akan ditiadakan menjelang jun 2011.Kepada mereka yang selama ini begitu fobia dengan PTK ini diucapkan tahniah,semoga kerisauan anda tentang PTK ini akan hilang dari ruang memori anda.
Sebenarnya PTK ini menjadi beban dalam benak pemikiran setiap anggota perkhidmatan awam.Masakan tidak,kalau hendakkan pangkat kena lulus PTK,kalau tidak menduduki PTK manakan lulus,jadi hendak tidak hendak kenalah duduki PTK ini dan mesti lulus,tentu membebankan...
Sebenarnya daripada pengamatan sejak PTK ini di perkenalkan pada tahun 2002 ada beberapa "kebaikan " dapat dilihat kesan daripada PTK ini.Ada yang naik gaji,ada yang naik pangkat,namun itu nampaknya di peringkat permulaan sahaja nampaknya.Apabila ianya berjalan sekian lama sudah ada nampak "kepincangan" dan nampaknya kepincangan itu lebih teruk daripada sebelumnya.
Di akhir-akhir ini kita lihat ada yang lulus PTK tetapi pangkat tidak naik,kerana kenaikan itu didasarkan kepada prestasi pula.Prestasi pula tinggi atau rendah didasarkan kepada bukan lagi kepada kebolehan bekerja tetapi lebih kepada "kebolehan memenangkan hati" para penyelia yang membuat prestasi itu sendiri.Ini bererti kita seolah-olah kembali kepada era sebelum PTK ini diperkenalkan.Malah lebih teruk lagi apabila adanya kekangan wajib lulus PTK itu sendiri sebagai syarat wajib untuk mendapat pangkat.
Lebih teruk lagi ada kaitangan yang mungkin menjadi "buah hati" bos akan dihadiahkan pangkat tanpa lulus PTK dan disyaratkan lulus PTK dalam tempuh-tempuh tertentu tetapi mereka sudah berada digred yang baru.
Pengamalan PTK pula boleh dipertikaikan dari segi integritinya,dimana ada diantara calon tidak amanah dan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan.
Jadi sebenarnya PTK ini dihapuskan atau pun tidak sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan yang signifikan."Otak" manusia ini bermula daripada ketua sehinggalah ke peringkat yang paling bawah itu jika tidak kembali kepada fitrah maka kita selamanya akan sesat.Fitrah di sini adalah takwa itu sendiri.Takutlah Kepada Allah.Jauhilah daripada "berpolitik" secara dalaman dengan mementingkan diri sendiri.Jika yang terlibat kawan rapat termasuk ahli keluarga maka kita utamakan mereka,sedangkan ramai lagi di luar sana yang lebih tekun dan rajin malah lebih kanan kita tinggalkan mereka kerana di bukan "kawan" atau saudara kita.Adilkah begitu?.
Kita mengharapkan agar alternatif atau sistem ganti kepada PTK ini lebih adil dan sesuai serta memberi kepuasan kepada semua.Kita yakin sistem ciptaan manusia tindak lengkap,mesti ada sedikit kececatan namun kita kena fikirkan cara yang terbaik supaya kecacatan itu di tahap minima.Kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab usahakanlah yang terbaik untuk ke arah itu.
Yakin dan percayalah semua yang kita perlakukan di dunia ini walau sekecil mana sekali pun akan diperhitungkan di hari perhitungan nanti.Oleh itu berusaha dan berubahlah anda kepada yang lebih baik,sebenarnya kita masih belum terlambat.
Meragui kesetiaan seseorang adalah sifat buruk yang ada pada manusia.Ramai di kalangan kita yang mempunyai sifat itu sebenarnya.Sebab itulah kita dapati ada yang bergaduh dan berkelahi walaupun umum mengentahui dan secara zahirnya kita dapati ianya berkawan rapat dan akrab sekali.
Fenomena ini berlaku dimana-mana,di pejabat ,di kampung malah juga dalam keluarga termasuklah di kalangan suami isteri.Kenapa berlaku begitu?.Kita ada penasihat kita ada kaunselor berdaftar dan tidak berdaftar malah beribu-ribu para kaunselor yang diwujudkan/dikeluarkan bertugas untuk mengharmonikan gejala ini,namun tidak juga berkurangan malah apa yang menyedihkan para kaunselor yang bercakap indah itu pun terbabit sama malah lebih teruk lagi berbanding dengan orang biasa.
Gejala di depan manis di belakang masam ini lumrah terjadi pada masa ini.Sebab itulah kita dapati ada diantara kita yang pada suatu masa disanjung dan dihormati tetapi ada suatu masa dan ketika ianya terbungkam dan ditinggalkan termasuk oleh kawan-kawan rapatnya.Ini semua adalah kerana "kesetiaan" yang ada tidak diamalkan dalam kehidupan mereka.Di depan bercakap lain di belakang cakap lain.
Islam menjelaskan persahabatan itu pada suatu ketika akan berpecah dan bergaduh antara satu sama lain,kecuali persahabatan yang kita pupuk itu diasaskan kepada takwa.Kebiasaanya orang yang ada pada dirinya takwa mereka itu tidak akan melupakan Allah dan RasulNya.Maka sudah tentu ianya bersolat dan menunaikan semua suruhan dan mengelakkan diri daripada melakukann perkara yang dilarang.Maka orang yang mempunyai perangai dan sifat seperti ini serta ikhlas pula maka ianya akan selamat dan dijamin Allah ianya akan selamat dalam persahabatan.
Percayalah jika adanya berlaku sesuatu pergaduhan , itu adalah sebabnya, samada salah seorang dari kita tidak ikhlas atau kedua-duanya sekali yang tidak ikhlas.
Oleh itu dalam hidup ini marilah bersama kita corakkan kehidupan ini dengan kedamaian dan keikhlasan kepada apa yang kita lakukan itu.Demi sesungguhnya kepura-puraan itu hanya akan menghancurkan kita dan hasilnya tidak kemana.Hiasilah nikmat umur kita yang diberi ini dengan ketenangan hasil daripada keikhlasan kita.Anda berkata anda bahagia,walaupun anda berpangkat dan berharta tetapi dari kerut dahi anda sebenarnya menampakkan jiwa anda yang sakit itu.Kalau tidak masakan anda selalu merungut!!menyalahkan itu dan ini..ayuh mulakan..lawan sifat buruk yang ada pada diri anda itu...masih ada masa.
Anda sebenarnya berpura-pura..
Read more...
Harga di pasaran bagi model terbaru proton inspira ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.
Rasa berkenan pula la...
Read more...Sering kali dalam berdoa keyakinan yang sebenar itu menjadi permohonan kita kepada Allah.Diantaranya menyakini bahawa Allah itu adalah pemberi rezeki bukan yang lain.Kita kena yakin bahawa selain daripada DIA maka adalah makhluk belaka.Itu sepatutnya dalam kehidupan ini.
Yakin yang benar
Read more...Ustaz,individu terhormat di kalangan masyarakat.Kebiasaanya mereka ini arif dan berilmu serta mendapat didikan ugama,hatta mereka yang tidak mendapat didikan ugama secara formal pun akan di panggil ustaz bilamana mereka sentiasa bercakap dan kehidupanya lebih mirip kepada cara berugama.
Kenapa Ustaz!!!.begitu jadinya...
Read more...Dalam kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dengan bermacam keadaan.Ada yang menyeronokkan dan ada yang menyedihkan.Kesemua itu adalah "anugerah"daripada pencipta kepada hambanya,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji tahap keimanan masing-masing.
Allah sentiasa menguji..
Read more...
