5:28 PM

Kenapa Ustaz!!!.begitu jadinya...

Ustaz,individu terhormat di kalangan masyarakat.Kebiasaanya mereka ini arif dan berilmu serta mendapat didikan ugama,hatta mereka yang tidak mendapat didikan ugama secara formal pun akan di panggil ustaz bilamana mereka sentiasa bercakap dan kehidupanya lebih mirip kepada cara berugama.

Kebelakangan ini banyak berita yang mengaitkan ustaz ini dengan salah laku yang bertentangan dengan hukum hakam ugama yang sepatutnya dijauhi.Terbaru berita daripada Indonesia yang mengaitkan Kiyai Sejuta Umat yang dikatakan melakukan perkara sumbang yang amat berat kesalahanya.

Ada kawan yang bertugas di pejabat harta pusaka,juga mengadu jika ada urusan pembahagian pusaka yang diuruskanya melibatkan dari golongan ustaz,majoritinya bermasalah.Mereka ini kadang-kadang susah mengalah dan "berkira" tanpa ada tolak ansur.

Di jalanraya,pun sama kita lihat mereka yang "berwajah" ustaz ini antara yang akhlaknya cukup tidak menyenangkan dan mengelirukan (baca:bukan semua).

Kenapa ustaz!!!,mungkin inilah cubaan yang Allah letakkan kepada orang yang "ingin" untuk bersamaNya,namun telah diambil kesempatan oleh musuh untuk mempengaruhinya sebagaimana ianya memperdaya Adam dan Hawa sehingga dikeluarkan daripada syurga Allah.

Kita ini kadang-kadang melihat salah kalau dilakukan orang lain,tetapi bila kita melakukan sendiri ,maka akan adalah alasan untuk "menghalalkan" perbuatan kita itu.Jarang kita mengaku dan mohon ampun terhadap kesalahan yang kita lakukan,jika pun ada adalah sedikit bilangannya.

Sebagai akhirnya kepada para ustaz dan kepada yang ada benih-benih kebaikan dalam diri masing-masing,ayuh pupuklah dengan ilmu dan beramallah dengan ikhlas dan bertawakkallah.Anda semua adalah orang harapan untuk memperbetulkan masyarakat yang kini porak peranda.Kepada andalah contoh dan tauladan oleh itu kesilapan yang telah berlaku kita pohon Allah ampuni dan pohon juga dilindungi daripada hasutan syaitan yang akan merosakkan kita di dunia mahu pun akhirat nanti..hati-hati ustaz ye..

Share/Bookmark Read more...

7:53 PM

Allah sentiasa menguji..

Dalam kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dengan bermacam keadaan.Ada yang menyeronokkan dan ada yang menyedihkan.Kesemua itu adalah "anugerah"daripada pencipta kepada hambanya,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji tahap keimanan masing-masing.


Semalam ziarah kawan yang di"tarik" sedikit nikmat hidupnya.Beliau sakit.Namun begitu di tempat kerja beliau dianggap semacam tidak sakit oleh kawan-kawan termasuk penyelianya.Kesian kawan ini apabila dilawati oleh penyelia yang lebih kanan dan "bersuara" senada dengan kawan-kawan yang menganggap beliau tidak sesakit mana pun.

Pelik(?), sebagai penyelia kita seharusnya bijak mengolah situasi,bukan caranya untuk tujuan sesuatu maka kita sanggup "menghukum" anak buah kita dengan persepsi yang begitu negatif.Bukan kita tidak tahu anak buah kita itu yang keluar masuk hospital,bukan kita tidak tahu setiap hari,setiap minggu,setiap bulan sentiasa dengan ubat dan cuti sakit.Apakah bijak sebagai penyelia kita mengadu kepada penyelia yang lebih kanan dengan prejudis tanpa rasa bersalah.Mohon dilindungi dan di jauhi Allah.

Kepada kawan ini bersabarlah,percayalah itu semua adalah ujian Allah kepada kita.Ujian ini berbagai,ada yang datang dalam bentuk ujian perasaan dan ada yang datang dalam bentuk sakit mahu pun kebendaan.Pokoknya sabarlah.Cuma orang yang sakit tahu apa itu rasa sakit.Pesetankanlah semua itu dan pecayalah tiada siapa yang setakat ini berjaya "menongkat" langit,semuanya akan pergi menyahut seruan Ilahi.Cumanya sabar dan taqwa sahaja yang akan memenangkan kita nanti.Usah bersedih kawan!!! sabarlah ketahuilah roda yang berpusing itu satu masa dia akan tersentuh bumi walaupun di masa ini dia berada di awan yang tinggi.

Share/Bookmark Read more...

11:51 PM

Dill...demo ada dalam majlis Raja demo lah..bagus Raja demo


Share/Bookmark

Read more...

8:51 PM

Anda Tidak Sihat!!...nah ini ubatnya




Jangan dengar sahaja tapi kena faham dan amati apa kata "TUAN" kita ini perkatakan dan jika kita munafaatkan semua itu nescaya kita akan hilang semua penyakit zahir mahupun bathin...ayuh bertadabburlah..insyaAllah selamat semuanya




Share/Bookmark

Read more...

6:17 PM

JEMPUTAN MAJLIS I'DULFITRI ALUMNI KOLEJ ISLAM

Asalamualaikum.


Dengan hormatnya YB/YBhg Dato'/Datin,Sdr/Sdri dijemput ke Majlis I'dulfitri Alumni Kolej Islam (KIM/KIK/KISAS) pada 26 sept 2010(ahad) bertempat di Institut Latihan Islam (ILIM) Bangi,Jam 11.00 Pagi - 3.00 Ptg.

Sukacita dapat memaklumkan kepada rakan-rakan lain dan maklumkan kehadiran sdr/sdri kepada
- En Sharani-0133579090
- En Walid -0122259281
- Cik Bahiyah-0193676605
- Pn Rosmawati-0193160847
-Hj Jaafar Jusoh -0193160847.

Untuk peta arah rujuk di sini

Share/Bookmark Read more...

4:25 PM

Manusia selalunya kalah dengan syaitan jenis ini

Syaitan adalah makhluk yang derhaka kepada Allah.Kerana godaannya maka Adam dikeluarkan dari syurga Allah dan tinggal di bumi ini.Syaitan sebagai penggoda memohon kepada Allah untuk berterusan menggoda manusia sehingga kiamat dan diperkenankan.


Kita sebagai manusia yang menjadi sasaran penggoda ini,sejauh mana menyedari bahawa syaitan itu akan datang dan menggoda kita dalam pelbagai bentuk dan keadaan.

Rasanya bagi sesetengah daripada kita mungkin akan berjaya menghadapai godaan yang datang terus daripada bisikan syaitan itu sendiri tetapi mungkin akan tewas jika ianya datang dengan pihak ketiga.Sudah tentu pihak ketiga itu adalah daripada kalangan kita sendiri iaitu manusia juga.

Cuba kita renung,sepanjang hidup kita ini,contohnya dalam hal solat.Pernah atau tidak kita melambatkanya atau kita terus meninggalkanya sehingga terluput waktu.Mungkin ada di antara kita pernah begitu,kenapa sebabnya,kalau hanya kerana bisikan perasaan yang sudah tentu itu bisikan syaitan mungkin kita akan berjaya melawanya dengan kita terus bersolat walaupun dalam keadan liat.itu bermakna kita berjaya melawan penggoda ini.Bagaimana pula kalau yang datang itu dalam bentuk manusia yang kita terpaksa akur dengan melayan atau sebagainya sehinggakan kita terpaksa "melupakan" solat itu,contohnya bos kita,atau mereka yang berkedudukan atau sebagainya yang menyebabkan kita malu alah dengan orang itu?.dalam hal ini ramai di antara kita yang tewas.

Sebenarnya dalam hidup ini kita akan berjaya meghadapi syaitan yang sebenardengan syarat kita sentiasa mendampingi agama,tetapi kebanyakkan daripada kita akan tewas dengan syaitan yang datang dalam bentuk proksi,proksi itu termasuklah saudara mara kita ,pembesar negeri atau negara,ketua pejabat kita atau sebagainya.Yang kalah ini bukan sahaja yang agak kurang agamanya malah yang dikatakan alim juga akan kalah.Lagi alim kita maka lebih ramai proksi-proksi syaitan yang akan kita dampingi.Sebab itulah kita lihat sekarang ini ramai mereka yang alim tidak begitu kedengaran suaranya jika ada isu-isu yang berkait dengan "kepentingan" diri malah kalau ianya melibatkan tiada kepentingan maka berhari-hari dan bertalu-talu ianya dimainkan.Ini sebenarnya kita sudah tergoda dengan mainan syaitan ini.Walaupun pahit bunyinya tetapi hakikatnya begitulah.

Sebagai kesimpulanya,marilah bersama kita mencari redha Allah dengan kita melepaskan diri kita daripada godaan syaitan,lebih-lebih lagi yang datang dalam bentuk proksi itu.Ingalah masa di dunia ini sangat singkat tempohnya berbanding dengan masa di alam akhirat sebagaimana dinyatakan bahawa satu hari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia.Ya Allah ampuni dan berikanlah petunjuk serta kekuatan kepada hamba-hambaMu yang lemah ini....amin

Share/Bookmark Read more...

5:49 PM

Sila ambil Perhatian!!!!

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

Sumber:
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/


Cara lain lagi nak elak malware tersebut baca sini

Share/Bookmark Read more...